Assalamualaikum
                Edisi Cikgu Blog  bercelotih.  Adakah anda seorang yang suka membaca? Jika tidak alangkah rugi jika sekiranya anda tidak amalkan sikap suka membaca ini. Sedikit perkongsian dari Cikgu Blog, bahawa membaca ini satu amalan yang sangat baik. 

Kalau anda hendak tahu apabila kita suka membaca kita diumpamakan seolah "BUKA BUKU BUKA DUNIA". Ini bermaksud seseorang yang hanya  berada di rumah apabila bertindak rajin membaca seseorang itu akan dapat banyak ilmu pengetahuan dengan mengetahui peritiwa di dalam negara mahupun peristiwa yang berlaku di Dunia luar.  Sungguh hebat ilmu yang akan dinikmati oleh individu yang suka membaca. Tidak hairanlah jika orang yang rajin membaca itu diumpamakan seperti " Ulat Buku". 

Di sekolah Cikgu Blog telah diadakan kempen amalkan sikap membaca tahun 2014. Objektif kempen ini ialah untuk :-
1. Memupuk sukan membaca dikalangan warga sekolah termasuk murid dan guru serta komuniti lain yang ada di sekolah.
2. Membudayakan amalan membaca ketika masa senggang atau masa lapang.
3. Untuk menyemai tabiat suka membaca dikalangan murid agar mengisi masa terluang walau dimana dengan amalan membaca tanpa membuang masa mereka. ( dengan harapan lain murid akan menjadi ikon membaca di kalangan keluarga mereka)

Menerusi kempen budayakan membaca di sekolah itu maka terdapat beberapa gambar yang ingin Cikgu Blog kongsikan. Untuk anda mari kita tengok Pesona Amalan Membaca Oleh Cikgu Blog.

Aktiviti ini adalah bersempena kempen 10 minit membaca secara serentak peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.



 Kempen budayakan membaca ini telah dilancarkan oleh En. Marcellus Kandu, Penolong Kanak 1 sekolah tempat Etuza mengajar.

Membaca lah kerana dengan membaca pasti banyak faedah yang kita perolehi. Tanpa membaca kosonglah jiwa dari sebarang maklumat 




Kelihatan murid bertudung, Nur Ayu, Madihah & Nurfatinah.