Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga
Salam sejahtera semua kepada pembaca maya yang dikasihi. Semoga malam ini kita semua dalam naungan lindungan Allah. Dalam keadaan apa juga kehidupan kita harus bersyukur kepada yang maha Esa.
Inilah kehidupan yang di lalui oleh tiap insan. Peralihan zaman dari yang lama kepada yang baru, ada genarasi lama dan ada genarasi baru dan akan muncul genarasi baru pada masa akan datang. Situasi itu akan berlaku apabila adanya proses perkahwinan. Sebagaimana yang berlaku pada 25 hb 8 2018 pada hari kelamrin, Etuza dan anak-anak menghadiri perkahwinan di Kampung Penagatan Ulu. Pernikahan dan persandingan diantara Ramizah Jabilin dan pasangannya Mohammad Jaini Rosli yang berasal dari Kampung Merampung,Keningau, Sabah.
ambil kenangan ..kawan sekolah anak Etuza..juga datang di majlis kahwin ini.
Perkahwinan itu akan terjadi apabila adanya perasaan cinta dan kasih sayang. lahir kemahuan yang mendalam untuk membina sebuah mahligai yakni rumahtangga. Rahsia agar rumah tangga kekal bahagia harmoni dan damai menurut pengalaman Etuza. Harap anda dapat menerima perkongsian Etuza berkenaan rahsia kebahagiaan dalam berumahtangga.
1. Harus sefahaman antara isteri dan suami. Kunci ini amat penting agar adanya kegembiraan dan keserasian tiap pasangan dalam sebuah perkahwinan.
2. Saling bertolak ansur. Amalan ini sangat dituntut dalam rumahtangga agar sikap penting diri sendiri dapat dielakkan. Jika tidak bertolak ansir akan bermula kesan buruk kepada rumahtangga yang dibina itu.
3. Bekerjasama dalam kerja-kerja rumahtangga, seperti menyediakan bahan makanan di dalam rumah, membersihkan rumah baik di luar atau di dalam rumah, tindakan ini akan membentuk keluarga bahagia dan kekal bahagia rumahtangga yang dibentuk bersama.
4. Taat solat. Mendirikan solat yang wajib, amalkan cara hidup yang di tegakkan oleh tiapa agama kita. Rumahtangga pasti kekal bahagia hingga selamanya kerana pasangan menjalani kehidupan berdasarkan ajaran agama masing-masing. Yang haram dihindari dan yang baik dilakukan.
5. Elakkan berbohong atau menyimpan rahsia kepada pasangan kita. Kerana perbuatan berbohong akan menjadikan isteri atau suami tidak sefahaman dan akan terbit kebencian kepada pasangan. Oleh itu jauhi amalan berbohong kepada pasangan anda.
6. Menyimpan impian atau cita-cita dalam rumahtangga. Adanya kamhuan untuk sentiasa bahagia, melahirkan zuriat yang sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Inilah idaman tiap insan yang sudah berumahtangga.
7. Bersedia untuk mengalah, mengalah bukan kerana putus asa tetapi mengalah untuk tujuan elakkan ketegangan dalam rumahtangga. Tindakan bersedia untuk mengalah baik lelaki atau perempuan harus dipegang oleh pasangan masing- masing. InshaAllah pasti rumahtangga sentiasa harmoni dan kekal bahagia.
Inilah dia 7 tips yang Etuza rasakan menjadikan keluarga itu kekal bahagian hingga selamanya.Sesungguhnya banyak lagi point untuk kekal bahagian dalam rumahtangga, tetapi Etuza kongsikan setakat 7 sahaja yang benar-benar menjadikan rumahtangga itu kekal bahagia.
Semoga pasangan yang berkahwin dalam blog Etuza ini akan menemui kebahagiaan. Selamat pengantin baru kepada mempelai. Ramizah & Mohammad Jaini.
Etuza dan anak di majlis kahwin
Ramizah Mohammad Jaini. Semoga kekal bahagia.
Acara bergambar bersama pengantin baru.
Syabas & tahniah kepada mereka semua.
Kepada pasangan yang baru membina mahkigai yakni rumahtangga cubalah aplikasi rahsia kebahagiaan yang berkekalan dari Etuza. Salam hormat jumpa lagi dilain artikal.
7 Ulasan
Alhamdulillah.. tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin :)
BalasPadamtip perkahwinan yg baggus tu tahniah kpd pasangan pengantin
BalasPadamsaling bertolak ansur tu mmg sangat penting. Kalau masing2 nak menang, mmg huru hara lee jawabnya.
BalasPadamtahniah buat mempelai.
BalasPadamSemoga bahagia berkekalan.
tahniah kepada pasangan yang baharu melangsungkan perkahwinan...
BalasPadamtip-tip yang dikongsikan ini memang praktikal untuk diamalkan..
semoga mereka masih yang dalam perkahwinan terus berusaha kekal perkahwinan tersebut hingga ke Jannah..
keluarga bahagia adalah nikmat yang terkata selain wang ringgit dan harta berjuta-juta
Terbaik nasihat kata2 yang memberikan semangat wajah
PadamSemoga perkahwinan kekal bahagia hingga akhir hayat
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.