Mustaqim Anak Blogger Semakin Membesar

Mustaqim Anak Blogger Semakin Membesar

Anak Lelaki Blogger Etuza  Dalam Gambar

    
     Sering kita membaca paparan blog mengenai hal anak - anak blogger. Malah paling menarik apabila blogger itu menceritakan atau mengkongsikan kepada kita detik indah perkahwinan mereka, meletakkan gambar persandingan mereka itu, dan kini menceritakan detik - detik indah dalam hidupnya apabila memiliki harta tidak ternilai harganya iaitu Allah kurniakan dengan kehadiran cahaya mata yang bagaikan permata hati mencetus aneka rasa bahagia di dalam jiwa kedua pasangan suami isteri.

Kalau Etuza kelahiran zaman anda yang beru berkahwin kemudian dianugerahkan anak permata hati pastinya dalam blog ini akan Etuza warnai dengan perkongsian detik indah menyambut bayi yang suci tanpa secalit noda di hatinya. Tetapi zaman Etuza terlebih awal kerana itu lah suratan takdir hidup Etuza. Kini hanya melihat bagaimana di depan mata Etuza dan isteri anak -anak membesar begitu pantas dan bagaikan mimpi rasanya semuanya sudah menuju ke alam remaja, kemudian ke arah dewasa dan menyusul seperti kita seperti Etuza. 

Sebaik melangkah ke alam tingkatan satu seawal 2015, inilah dia anak lelaki Etuza perkenalkan dengan nama yang di beri Ibnu Mustaqim. Nama ini sebenarnya bukan kehendak Etuza tetapi diberi nama oleh adik lelaki Etuza pakcik kepada Ibnu Mustaqim yang ketika itu berada di Selangor sedang belajar. Etuza tiba -tiba buntu hendak memberi nama kepada anak ke 5 ini kerana Etuza berniat hendakkan baby perempuan. Etuza lalu teringat adik di Selangor dan telefon dia. Pantas dia memberi tahu kepada Etuza " Bagi dia nama Ibnu Mustakim - Bermaksud pemimpin atau bapa di jalan lurus " Oleh kerana anak lelaki Etuza yang lain berhuruf I antaranya Ismat Afif, Irfan dan Ikmal maka Etuza sangat menyenangi nama Ibnu Mustaqim. Subahanallah.

KepadaMu Allah apa lagi hendak dinyatakan selain bersyukur denganMu atas kurniaanMu ini. Kini Ibnu Mustaqim semakin membesar, cepat sangat dia membesar. Dahulu dialah yang manja dan selalu bersama Etuza. Buktinya tengok gambar Etuza dalam header Blog Pesona Etuza, Etuza sedang memeluk Ibnu Mustaqim yang sangat riang dan gembira bersama Etuza dan seisi keluarga.

Bila berpisah seketika dengannya ada perasaan merindu yang amat ketara. Sebab itu setiap minggu Etuza akan melawat dan membawa buah tangan kepada Ibnu Mustaqim dan abangnya Ismat Afif di asrama. Etuza memang niat agar semua anak-anak kelahiran Etuza akan Etuza hantar bersekolah di Sekolah Aliran Agama di Sekolah Menengah. Dan apabila keputusan kurang menyebelahi mereka di peringkat PMR Etuza akur kena lah sambung persekolahan di sekolah menengah aliran biasa. 


Ini antara gambar kenangan Ibnu Mustaqim yang Etuza abadikan dalam blog peribadi milik Etuza ini.

Semoga anak Etuza ini membesar dengan keimanan bertaqwa kepada Allah searah dengan namanya Mustaqim ( jalan yang lurus ). Semoga apa yang dia mahu akan tertunai di mana keinginannya menjadi seorang yang bijak dan pandai dalam semua pelajaran yang ada. Etuza kalau bersama Ibnu Mustaqim pasti akan berbual hal pelajarannya di kelas, pencapaiannya setakat ini dalam tiap ujian. Dan memang cabaran sangat sengit apabila Ibnu Mustaqim bersaing dengan pelajar tingkatan 1 di kelas yang semuanya pandai dan bijak berdasarkan keputusan UPSR mereka pada 2014. Pencapaiannya 3A 2B menempatkan Ibnu Mustaqim dalam kelas Al Faruq kelas pertama tingkatan satu 2015 di SMK Agama Keningau ( Sekolah kawalan KPM - SPI ). Semoga usaha gigih akan dilakukan oleh Ibnu Mustaqim dalam semester 2 2015 dan mendapat kedudukan yang terbaik nanti dalam kelasnya. Amin.

Gambar Ibnu Mustaqim ketika di KFC cawangan baru di Keningau.
Anak - anak adalah harta amat besar nilainya dari Allah. Allah amanahkan kepada kita untuk menjaganya dan membawa nya ke jalan yang lurus. Ibubapa harus sedar juga bahawa usah terlalu lena bahawa hal menjaga anak dari kecil adalah sangat berbeza menjaga anak - anak yang semakin remaja. Ibubapa harus persiapkan diri dengan membaca serta menimba ilmu keibubapaan mengenai cara berhikmah menjaga anak -anak yang semakin membesar. InshaAllah anda akan menemui jawapan bahawa ada keperitan tetapi akan ada kemanisan dan kebahagiaan kepada anak -anak di masa hadapan nanti. Anak aset kita harta kita dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar. Semoga kita mampu menjadi ibubapa yang terbaik untuk mereka.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

Alhamdulillah..doa ibu bapa..senjata dan payung anak anak..moga anak anak etuza sentiasa dipermudahkan setiap urusan mereka.amin.

Semoga menjadi anak solleh dan pemimpin yg unggul sejajar nama pilihan yg diberi..

Semoga doa2 etuza untuk anak2 termakbul hendaknya,
Moga mustakim menjadi anak yang soleh.

semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia mahuupun akhirat.. :D

ibnu mustaqim kelak pasti menjadi anak soleh kebanggaan ibubapanya insya Allah..

Semoga anakanda Etuza menjadi anak yang soleh dan kebanggaan ibu bapa..

alhamdulillah semoga anakanda membesar sbg anak soleh

semoga anak2 tuan sentiasa sihat dan berjaya serta menjadi anak yang soleh..

Bila anak-anak semakin membesar, terasa akan keseronokan semasa kecilnya yang sudah tidak dapat dikecapi lagi. Semoga IM membesar dan menjadi insan berjaya dan anak yg soleh.

p/s: soalan Etuza pasal anak, saya sebenarnya masih belum dikurniakan anak lagi walaupun dah 10 tahun bernikah.

Moga anak-anak Cikgu Etuza menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa...

Doa ibubapa adalah mustajab, moga membesar sebagai anak yang soleh, aamiin...

semoga mereka menjadi anak yg soleh aminnn

Amin terima kasih ya Doa dari Perdhu Cinta, semoga jg perdhu Cinta sentiasa sihat ya

Ya InshaAllah Umi Alya marilah mendoakan yang terbaik untuk anak2 kita semua

Terima kasih ya BM..mohon maaf bertanya. InshaAllaha akan ada rezeki ya..Etuza doakan nanti..apapun memohon lah padaNya tanpa henti.

Anak adalah permata terindah..moga mereka membesar dengan iman didada..amin

Ibnu Mustakim - pemimpin atau bapa di jalan lurus..Semoga membesar sihat sempurna jadi anak soleh yang ingat jasa dan pengorbanan ibubapa ya Mustakim..Semoga menjadi insan yang disayangi Allah

Semoga menjadi anak yg soleh buat anak cikgu

Wahh, hensem muka tu macam ayah dia juga ye. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger