Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #2
Pilihan Etuza.
Jom Terjah Blog Kegemaran Etuza
Blogger Jari Manis
Jari Manis : Travel List
Ini Header Blog Blogger Jari Manis ( JM )

   Blog yang memaparkan kisah indah dia tentang Traveling Pelancongan yang cukup memukau..Rugi tak jengok blogger JM, sebab melihat paparan blog Jm kita seolah-olah dapat satu pengalaman baru, kita dapat melihat huuuuu!!! keindahan woi!!! tersangat indah di Negara lain ciptaan Allah. Huuu!!! rupanya negara kita juga INDAH tapi keindahan panorama Negara lain teramat lah menakjubkan. Rasa nak pergi saja melancong. Tapi apakan daya. Oleh yang demikian jom terjah blog JM pasti nampak banyak gambar menarik. Antaranya ini gambar yang di bawah ni. Tengok lah Jm posing sakan .Terbaik lah JM seorang wanita berkerjaya yang cukup hebat pelancongan dia. Klik blog JM follow dan jadilah kita sahabat maya.

Inilah Five Ram - Satue Tu ( Katanya )
JM Usah marah bagaimana Etuza Copy gambar indah ini.
Kini menghias blog Azali- Etuza pula...( minta halalkan ya )

   Blogger JM ni suka komen blog kita, dia seorang mesra komen dan sangat peramah. Berkawan dengan blog JM ( Jari Manis ) kali pertama Etuza terus jadikan dia bloglist tapi tak sangka blogger ni sangat melekat diblog Etuza (Pesona-Mustika ) ..Etuza mulanya rasa malu lah blog Etuza masa tu ( sekarangpun ) still tak serupa blog anda, tak kemas, selalu kena kritik dengan kritikan yang membina. Etuza rasa sangat bertuah bila JM selalu drop komen ke ulasan blog Etuza. Dan anda tahu ke tidak banyak kometar Blogger JM yang sangat memberikan Etuza semangat berblog. Etuza rasa JM sebenarnya telah menyumbangkan kemahiran Etuza dalam penggunaan ICT - Komputer dengan Etuza belajar dan belajar memperbaiki blog dan kemahiran ICT. JM kata kena tahan cakap JM sebab JM main lantak saja komen katanya. Walhal JM tak sedar Etuza kutip semua komen dia dan Etuza jadikan kata perangsanga dan motivasi untuk maju dan maju setapak dalam arena berblog.

    JM kata bab ejaan di Blog Etuza sangat banyak. Betul Etuza tidak nafikan dan Etuza sangat berusaha memperbaiki ejaan dan mutu penulisan. Sebab Etuza lihat ramai yang minat juga klik blog Etuza. Malu lah jika banyak ejaan salah. Terima kasih JM atas semua teguran yang membina dan membuat Etuza berfikir dan menjadikan Etuza tabah berblog. JM- Teruskan berblog dan persembahkan lah kami dengan dunia pelancongan menerusi blog JM. Etuza minta JM usah serik ke blog Etuza ya sebab ada saja yang kadang JM tak faham tapi akhirnya JM faham bahasa dan catatan dari Blogger Sabahan iaitu Etuza Pesona & Mustika. Kawan-kawan JOM jemput klik laman web Jari Manis.Anda tidak rugi membaca bab pelancongan JM. Blog

    Paling menarik blogger ini ialah telah beberapa kali menang pada program yang Etuza anjurkan iaitu Anugerah Top Komen di blog Etuza pada Oktober - November 2014 dan pemenang Ketiga Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia Edisi 2014 anjuran Blog Pesona & Mustika. Hebat kan JM. Sebelum tu jemput anda KLIK Blogger Malaysia Review Siri #1 SINI.

Pantun Special Untuk JM
By Etuza.

Blog list Ikon Gratify Kini Semakin Meriah,
Bertambah seri dengan Si Jari Manis,
Kalau berblog haruslah bertata susila,
Supaya aman kehidupan blogger menjadi manis.