Peringatan kepada kaum hawa lelaki tidak menyenangi situasi sebegini rupa & hentikan agar kaum wanita mampu mencapai tahap wanita soleha

Peringatan kepada kaum hawa lelaki tidak menyenangi situasi sebegini rupa & hentikan agar kaum wanita mampu mencapai tahap wanita soleha

Asalamualaikum & salam sejahtera fillahi.
Ini Mustika punya bicara.
Percayalah bahawa pihak lelaki tidak menyenangi dan tidak menyukai jika perbuatan wanita yakni para isteri atau juga wanita yang dikasihi melakukan perkara  atau bersikap seperti di bawah ini. Mengertilah ahai wanita bahawa menghormati kami kaum lelaki akan memberimu kilauan rahmat permata akhirat. InsyaAllah.
Apakah itu hai lelaki kaum Adam.a.s ?     

Ohooo! inilah perkara itu wahai kaum Hawa yang cantik manis berseri.
1. Bersikap cemburu atau menyindir pada hobi atau kegemaran para lelaki ( suami) contohnya lelaki suka atau asyik memberi info di dalam blogg. Dah kami suka maklumatpun yang baik untuk umum kenapa na cemburu. Seharusnya bagilah sokongan ke , bagilah kami secawan kopi atau air sejuk ke apa2. Bukan juga kami lalai hingga lupa tanggungjawab.
2. Para wanita pura-pura tidak faham cerita atau bahan yang dibualkan. Lelaki dah huraikan semua cerita, tiba-tiba si wanita tiba2 bertanya " bang apa tu, tak berapa dengarlah tadi" hai kadang-kadang ada para isteri cuba berpura-pura kurang faham, ingat kami kaum Adam tidak suka macam itu
3. Para wanita suka umpat keji suami sendiri, orang lain lebih teruk umpat anak sendiri. Hai janganlah buat perangai macam ini. Prappp! kena cerai parah nanti.
4. Para wanita tidak suka ibubapa mentua. Hai ada tau para isteri pantang lihat mentua sendiri. Padahal si lelaki punyalah hormat mak dan bapa dia. Ini tak adil, kami benar-benar tidak suka wanita semacam ini.
5. Isteri atau para wanita malas memasak, dahlah tidak urus diri. Memasak lagilah teruk, suami masak dan layan diri, anak-anak entah ke mana. Hai pleaselah jangan buat rumahtangga berantakan dengan perbuatan ini. Bahaya ni..
6. Ha! ini lagi teruk menengking suami. ( haha ini hal mustika pernah kena, ibu mustika sendiri tengking aku) itu tak apa mybe waktu itu mustika bersalah. Bab! isteri menengking awas ya, kami tak mahu dibuat macam itu. Kalau ada kesilapan bincang secara baik bukan melontarkan suara tinggi macam mahu telan si kaum Adam ini.
7. Sabar itu ada had, kalau hari-hari lambat makeup, urus diri nak berhias diri, kami lelaki tak akan dapat sabar menunggu lama dalam kereta. Ubahlah sikap tu, urus masa sikit, simpan rapi itu makeup kamu semua tu, jangan bersepah atas meja, gincu ke mana , jelak ke mana, cermin ke mana hal in iah yang melambatkan proses makeup wanita itu. Kami lelaki tidak suka selalu menunggu.

Mustika ingatkan 7 perkara sahaja. Semoga ada manafaat. Kepada kaum wanita adakah anda terasa pedas? jika ada rerasa itu silalah lontarkan hujah anda, bantaikah apa-apa mustika terima sebagai bahan ilmu mustika seketika di alam bloger. Thank's perhatian anda.

Salam akhir fillahi.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Tak terasapun sebab walaupun bekerjaya tapi urusan rumahtangga tidak pernah dilupakan..

Lagipun kami suami isteri dah tentukan tugas memasing tanpa perasaan dengki..

Saling menghormati dan memahami kehendak masing2 rumah tangga akan bahagia nasib baik jm x suka makeup so bersiap mmg pantas tuntas :-)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger