Sarapan Nasi Lemak & Bersiaran Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

19.07.2026, sarapan di Restoran Nasi Lemak Bob di ChowKit, setentang dengan kedai makan
Ajak Shero.

 Sarapan Nasi Lemak Istemewa Di Restoran Nasi Lemak Bob.

Alhamdulillah, awal pagi kami ke Chow Kit Road, di Kuala Lumpur. Sayang sekali kawasan ini pada hari Ahad banyak pintu-pintu kedai tutup, kerana hari Ahad merupakan waktu rehat sesetengah pemilik kedai. Kami menuju ke kedai yang masih dibuka untuk di datangi, kawasan sini agak sunyi tetapi masih damai dan tenang. Sentiasa menjaga keselamatan juga amat diutamakan.Kami orang baru mestilah perlukan pemandu jalan ke kawasan Chow KIt.Terima kasih ipar Izwan, ikhlas bawa kami di Chow KIt.

Kami diberitahu agar sentiasa berhati-hati melalui ruang jalanan di sini.Dalam perjalanan menuju ke kedai yang boleh memborong barangan dengan kadar harga murah dan mampu milik, Etuza ada ternampak lukisan wajah artis terkenal negara arwah SUDIRMAN yang masih elok di pandang, tetapi ada kesan semakin pudar.

Sebelum ke kedai di Chowkit kami singgah dulu sarapan pagi dengan makan nasi lemak yang istemewa nampaknya. Cara sajian di letak atas kepingan daun pisang, nampak sangat menarik. Lihat gambar nasi lemak ini. Selain itu ada kami ambil kuih untuk memenuhi selera awal pagi pada jam 9.00 pagi di Chow Kit.

Makan nasi lemak di sini, kenyang dan puas hati juga kerana harga yang sederhana, tetapi amat sedap. Berbaloi dengan minuman panas yang disediakan. Banyak sajian makanan awal pagi, seperti roti bakar, roti telur dan ada juga mee goreng dan lain-lain. Kepada kawan-kawan blogger Malaysia, anda pernah tak ke restoran ini?. Alhamdulillah setelah makan isi perut kami teruskan misi membeli di ChowKit. Membeli beg berkualiti, dompet dan stokin secara borong. Alhamdulillah murah dan dapat beli buah tangan untuk keluarga anak-anak di kampung.





Oder nasi lemak dulu, cantik restoran ini, bersih kemas.

Nampak, banner kedai Makan depan Restoran Nasi Lemak Bob. Ajak Shero, Bumbu Babah cawangan 
di area Chowkit.

Menu makanan di Nasi Lemak Bob, pemilik restoran ini adalah orang Sabah.

Sajian istemewa Nasi Lemak Bob di Chowkit, Kuala Lumpur.


Kembara Diteruskan Lagi Di Dataran Merdeka.

Agak petang kami datang di Dataran Merdeka,Kawasan ini memang impian Etuza selama ini. Tapi bila petang agak terbatas tempat berjalan-jalan. Kebetulan anak buah Qoid baru berumur dua tahun, begitu lasak berlari ke sana-sini, perlukan kami semua mengawasinya, dan  keselamatan adalah keutamaan.

Memang kawasan Dataran Merdeka walau waktu petang sangat ramai datang bersiaran waktu malam. Masa kami datang ada latihan PA Syistem dan ada artis terkenal datang membuat latihan untuk Event malam esok sempena Final Piala World Cup yang ditayangkan pada layar scrin putih yang dibentang luas di hadapan penonton.

Kami datang ke Dataran Merdeka dengan membawa makanan Shawarma yang kami beli di Damascus Bukit  Bintang.Agak lama kami di Dataran Merdeka sebenarnya. Malam itu gah dengan persembahan lagu dari artis yang Etuza hanya mendengar suara sahaja, kerana kami tidak mendekati pentas di hadapan.

Persiapan rapi sedang dilakukan dengan meletakkan bunga-bunga di pasuan serta menyusun atur meja dan kerusi. Berbagai bunga baru datang atas lori malam itu. Kuala Lumpur memang sibuk sepanjang masa. Kuala Lumpur perut Negara Malaysia. Ibu Negara Malaysia yang bergerak 24 Jam tanpa henti denyut nadinya dengan kesan kemajuan dan kehadiran pelancong dari negara-negara luar. 

Klik entri kami di Rawang. Selamat membaca & Terima Kasih kunjungan anda di blog Pesona Etuza.











Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. saya mcm tak pernah gi ronda2 dataran merdeka waktu mlm...if siang hari, setakat lalu jer situ, tu pun sgtlah jrg masuk KL

    BalasPadam
  2. Di Chow Kit memang kena berhati-hati. Selesa nampak kedai makan ni. Bersih dan luas juga. Seronok lah dapat jalan-jalan di dataran waktu malam. Baru je buka semula kan beberapa bulan ni kan. Meriah sentiasa ramai orang.

    BalasPadam
  3. Tak sampai kedai ni lagi, Cikgu. Tapi dah selalu jalan area Chowkit sebab dulu study dekat KLMUC, Jalan Raja Laut.

    BalasPadam
  4. Belum pernah datang sini. Menariknya, nasi lemak ada sayur.

    BalasPadam
  5. Nampak sedap betul Nasi Lemak Bob tu, alas daun pisang memang menaikkan selera! Saya belum pernah sampai lagi ke restoran ni di Chow Kit. Bagus juga pemiliknya dari Sabah, boleh rasa keunikan tersendiri. Terima kasih Cikgu Etuza kongsi port makan ni, nanti kalau ke Chow Kit boleh singgah

    BalasPadam
  6. cantik nya bangunan sultan abdul samad malam2 ni.. linda tak berkesempatan lagi nak ke datraan merdeka, walaupun dah hampir 5 tahun duduk kat selayang

    BalasPadam
  7. saya tak pernah singgah di kedai nasi lemak bob, tetapi saya ada semasa konsert terbuka allahyarham sudirman di chow kit

    BalasPadam
  8. Blm coba nasi lemak bob ini. Nanti Desember insyaallah kalau ketemu saya akan Cuba. Saya dan anak2 memang sukaaa sangat Nasi lemak. Jadi tidak ke Malaysia pasti yg dicari utk sarapan itu 😄.

    Dataran merdeka memang selalu ramai. Kemarin saya DTG pun macam akan ada event. Krn banyak orang sibuk memasang Macam2

    BalasPadam
  9. Dah lama sangat tak jalan-jalan kat Chow Kit sejak dah tak duduk KL. Dulu kat situlah lubuk nak mencari barang walaupun seram sikit. Hehehe

    BalasPadam
  10. Tempatnya nampak cozy sangat ni uncle. Saya kok rasanya pengen nongkrong berlama-lama disana ya.
    Lihat nasi lemaknya pun, mantap lah sangat :D

    BalasPadam
  11. Cikgu sempat tak singgah di Masjid Jamek di belakang Bangunan Abdul Samad tu?

    BalasPadam
  12. alhamdulillah cuaca baik ya pada malam tu
    dapat laa lepak2 kat situ

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.