Sarapan Nasi Lemak & Bersiaran Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

19.07.2026, sarapan di Restoran Nasi Lemak Bob di ChowKit, setentang dengan kedai makan
Ajak Shero.

 Sarapan Nasi Lemak Istemewa Di Restoran Nasi Lemak Bob.

Alhamdulillah, awal pagi kami ke Chow Kit Road, di Kuala Lumpur. Sayang sekali kawasan ini pada hari Ahad banyak pintu-pintu kedai tutup, kerana hari Ahad merupakan waktu rehat sesetengah pemilik kedai. Kami menuju ke kedai yang masih dibuka untuk di datangi, kawasan sini agak sunyi tetapi masih damai dan tenang. Sentiasa menjaga keselamatan juga amat diutamakan.Kami orang baru mestilah perlukan pemandu jalan ke kawasan Chow KIt.Terima kasih ipar Izwan, ikhlas bawa kami di Chow KIt.

Kami diberitahu agar sentiasa berhati-hati melalui ruang jalanan di sini.Dalam perjalanan menuju ke kedai yang boleh memborong barangan dengan kadar harga murah dan mampu milik, Etuza ada ternampak lukisan wajah artis terkenal negara arwah SUDIRMAN yang masih elok di pandang, tetapi ada kesan semakin pudar.

Sebelum ke kedai di Chowkit kami singgah dulu sarapan pagi dengan makan nasi lemak yang istemewa nampaknya. Cara sajian di letak atas kepingan daun pisang, nampak sangat menarik. Lihat gambar nasi lemak ini. Selain itu ada kami ambil kuih untuk memenuhi selera awal pagi pada jam 9.00 pagi di Chow Kit.

Makan nasi lemak di sini, kenyang dan puas hati juga kerana harga yang sederhana, tetapi amat sedap. Berbaloi dengan minuman panas yang disediakan. Banyak sajian makanan awal pagi, seperti roti bakar, roti telur dan ada juga mee goreng dan lain-lain. Kepada kawan-kawan blogger Malaysia, anda pernah tak ke restoran ini?. Alhamdulillah setelah makan isi perut kami teruskan misi membeli di ChowKit. Membeli beg berkualiti, dompet dan stokin secara borong. Alhamdulillah murah dan dapat beli buah tangan untuk keluarga anak-anak di kampung.





Oder nasi lemak dulu, cantik restoran ini, bersih kemas.

Nampak, banner kedai Makan depan Restoran Nasi Lemak Bob. Ajak Shero, Bumbu Babah cawangan 
di area Chowkit.

Menu makanan di Nasi Lemak Bob, pemilik restoran ini adalah orang Sabah.

Sajian istemewa Nasi Lemak Bob di Chowkit, Kuala Lumpur.


Kembara Diteruskan Lagi Di Dataran Merdeka.

Agak petang kami datang di Dataran Merdeka,Kawasan ini memang impian Etuza selama ini. Tapi bila petang agak terbatas tempat berjalan-jalan. Kebetulan anak buah Qoid baru berumur dua tahun, begitu lasak berlari ke sana-sini, perlukan kami semua mengawasinya, dan  keselamatan adalah keutamaan.

Memang kawasan Dataran Merdeka walau waktu petang sangat ramai datang bersiaran waktu malam. Masa kami datang ada latihan PA Syistem dan ada artis terkenal datang membuat latihan untuk Event malam esok sempena Final Piala World Cup yang ditayangkan pada layar scrin putih yang dibentang luas di hadapan penonton.

Kami datang ke Dataran Merdeka dengan membawa makanan Shawarma yang kami beli di Damascus Bukit  Bintang.Agak lama kami di Dataran Merdeka sebenarnya. Malam itu gah dengan persembahan lagu dari artis yang Etuza hanya mendengar suara sahaja, kerana kami tidak mendekati pentas di hadapan.

Persiapan rapi sedang dilakukan dengan meletakkan bunga-bunga di pasuan serta menyusun atur meja dan kerusi. Berbagai bunga baru datang atas lori malam itu. Kuala Lumpur memang sibuk sepanjang masa. Kuala Lumpur perut Negara Malaysia. Ibu Negara Malaysia yang bergerak 24 Jam tanpa henti denyut nadinya dengan kesan kemajuan dan kehadiran pelancong dari negara-negara luar. 

Klik entri kami di Rawang. Selamat membaca & Terima Kasih kunjungan anda di blog Pesona Etuza.











Catat Ulasan

0 Ulasan