Majlis Pertunangan & Ceria Menyambut Rombongan Lelaki.

KepadaNya mohon dirahmati diberkahi Majlis Pertunangan ini hari ini 25.07.2026.Aamiin




Saat Yang Ditunggu, Berdebar Menerima Tamu Istemewa.

25.07.2026 bersamaan hari sabtu petang hari, terasa berdebar menunggu ketibaan tetamu istemewa datang ke rumah. Anak perempuan memberitahu ada niat pemuda ini hendak datang ke rumah pada sekian hari bulan bersama keluarga mereka. Sebagai ibubapa apabila diberitahu kami terima kedatangan mereka dengan senang hati, bak kata pepatah kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan. Apatah lagi keluarga pemuda ini dari daerah yang sama dan jarak yang dekat. Subahanallah, debaran amatlah terasa sambil membantu apa yang patut di lakukan, antaranya membersih kan ruang hadapan rumah dan lain-lain perkara.

Debaran Berakhir Doa Selamat Selepas Perbincangan Pertunanagan.

Majlis pertunangan telah berakhir, debaran terasa perlahan berlalu, kerana pemuda yang datang meminang bunga di laman, dari kalangan keluarga yang baik-baik. Bersopan dan beradab dalam menuturkan kata dan menyatakan keikhlasan terhadap mendekati keluarga kami. Sebagai ibubapa kami terima dengan penuh ikhlas niat mereka. Majlis diserikan dengan menyerahkan dulang hantaran berbalas dulang dari pihak wanita. Lima berbalas tiga sebagai tanda kasih sayang dan keikhlasan ke dua dua keluarga.

Cincin disarungkan di singgah sana, semua tersenyum melihat acara menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya. Alhamdulilllah syukur ke hadratNya atas kurnia majlis pertunangan lancar petang 25.07.2026. Kepada abang ipar Zul saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menjadi ketua jurucakap bagi pihak wanita yakni keluarga Etuza dan juga semua tetamu lain yang turut bersama-sama hingga ke acara menjamu selera.

Ramah Mesra Ruangan Komentar Blog Pesona Etuza. Sila Klik Scroll Ruangan Komentar .Terima kasih, membaca komen.

Tersenyum anak buah pihak keluarga lelaki di hadapan, berbaju melayu bersamping sopan.

Rombongan keluarga lelaki, kami sambut dengan senyuman ceria..


Saat perbincangan dalam majlis pertunangan petang sabtu.



Kek ini hadiah dari adik beradik Etuza, yang diusahakan oleh adik Bella.

Kreatif makanan ini..dari pihak lelaki.





Terima kasih datang memeriahkan majlis pertunangan anak perempuan Etuza..

Kurang 3 orang family ini. Alhamdulillah dapat rakamaan kenangan dan updated blog terikini.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah..tahniah cikgu, bakal menambah ahli keluarga..semoga dipermudah untuk urusan seterusnya..aamin

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, majlis pertunangan berjalan lancar. moga dipermudahkan urusan utk majlis perkahwinan nanti

    BalasPadam
  3. Wah tahniah Cikgu. Bila makan nasi minyak ya. Bertambah ahli kuarga

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu Etuza untuk dapat mendapat menantu lelaki baru.

    BalasPadam
  5. Tahniah cikgu bakal terima menantu. Selamat mengikat tali pertunangan buat anak cikgu Etuza. Semoga dipermudahkan untuk fasa seterusnya.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah semua berjalan lancar...
    Uncle tumpang gumbira!

    BalasPadam
  7. Tahniah. Semoga dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin.

    BalasPadam
  8. Tahniah Cikgu, bakal menerima menantu baru. Semoga sampai ke jinjang pelamin, Ameen YRA. Izinkan saya membetulkan peribahasa di atas - kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Mungkin cikgu nak cepat, tak perasan typo di situ 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya, selalu ada typo blog Etuza ni..kadang dah duble cek..masih ada ejaan salah

      Padam
  9. Alhamdulillah.. Selamat dah semuanya..
    Semoga dipermudahkan urusan untuk ke peringkat yang seterusnya...

    BalasPadam
  10. Tahniah Cikgu Etuza! Rezeki dapat bakal menantu dari keluarga yang baik-baik dan dekat. Memang lega bila debaran perbincangan dah selesai. Moga dipermudahkan urusan persediaan majlis perkahwinan nanti

    BalasPadam
  11. Tahniah atas majlis pertunangan anak gadis! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan moga dipermudahkan segala urusan ke fasa seterusnya.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah , saya yg membaca ikut senang juga bang. Saya doakan semoga dilancarkan semua urusan hingga tiba waktu pernikahan nanti. ☺️.

    BalasPadam
  13. Bunga tu roti jala ke Cikgu ? Kreatiff laa.

    BalasPadam
  14. Tahniah kepada pasangan yang dha selamat bertunangan.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.