Melihat Sunset, Baby Di Kolam Renang & Melihat Arnab.


Meneroka Alam Baru Seusia Setahun 5 Bulan.

Cucu kelihatan sangat ceria, happy dan bahagia sekali kala bersama ibubapanya, atuk dan nenek serta sepupunya dan bersama makciknya yang turut bersama dalam percutian di Resort Karambunai Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat yang menyediakan kolam renang tepi rumah, air seolah keluar dari bawah tanah kerana punca air memusar keatas pada kedalaman sehingga di pinggang melebihi pusat badan.Dipakaikan pelampung untuk baby dan diberi bola dan pelampung yang lain. Mula di masukkan ke dalam air baby seusia setahun lebih menangis dan mungkin rasa takut melihat air yang jernih dan dalam. Akhirnya baby merasa selesa apabila ayahnya memegang sambil gerak ke tengah ke tepi kanan dan kiri. Tapi Etuza pesan agar elakkan baby terminum air kolam yang kebersihannya kita tidak ketahui.

Baby seusia setahun lebih ketawa riang sambil menggerakkan kakinya. Gerakan perlahan dan lembut membuat baby happy dan bersuara kegembiraan. Happynya atok dan nenek melihat cucu gembira di dalam kolam. Pasti pengalaman ini merupakan yang pertama dialami cucu dan akan teringat apabila saja melihat air dalam bilik mandi di rumah kediaman nanti. Cucu kemudian diangkat tetapi tangan memeluk erat pelampung dan menangis meronta mahu terus  lagi mandi bermain air di kolam.Cukuplah dalam setengah jam di kolam bersama ibu dan ayahnya.

Seronok melihat kebahagiaan mereka mandi di kolam di tepi Homestay Karambunai. Disebabkan CUTI Pekerja dan hujung minggu maka kami sempat bersiaran di Resort Karambunai, Kota Kinabalu, Sabah.

Pada sebelah petang selepas makan tengahari, kami sekeluarga pergi ke suatu tempat yang ada memelihara, kucing dalam sangkar, anak kura-kura, pelbagai ikan dan arnab dalam sangkar. Wah lagi happy cucu kami melihat pelbagai haiwan.

Inilah yang dikatakan meneroka alam baru dengan minda baby berusia setahun lebih. Jelas kegembiraan anak sekecil ini. Kita yang melihat telatahnya dan suaranya yang berkata tetapi kita tidak faham maksudnya. Yang kita faham perkataan dari mulut baby ini ialah PA PA dan MA MA.Subahanallah, semoga cucu membesar sihat dan jiwa yang aman dan damai. Kepada pembaca maya, dan semua teman bloggers di mana juga berada, selamat berhujung minggu dan ciptalah kebahagiaan bersama keluarga anda minggu ini.

Kemudian menuju ke tepian pantai, yang mana tidak lama kemudian kehadiran SUNSET yang sangat cantik kelihatan apabila cahaya senja memancar ke pantai. Cuba tengok SUNSET itu..cantik dan uniknya pecahan cahaya petang disenja hari.











Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wahh cantik sungguh sunset tuu
    Indah ciptaan Allah

    BalasPadam
  2. Wah excited cucu dapat bercuti bersama atuk dan nenek.. Boleh mandi kolam sampai puas dan sightseeing.. Nampak gembira sungguh cucu cikgu Etuza..

    BalasPadam
  3. zmn2 anak2 kecik memang priceless sgt! moga2 saya pnjg umur sihat mcm cg etuza utk merasa menimang cucu plak may be lagi 8 tahun kot insya Allah ;) tunggu my zharfan keje dulu!

    BalasPadam
  4. Banyak kebaikan dalam berenang ni. Terutama utk kanak2 secomel ini. Antibodi pun jadi lebih kuat.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.