Mangsa Kebakaran 9.05 Kampung Takad Apin-Apin, Keningau.


Misi Kemanusian Mangsa Rumah Terbakar Di Kampung Takad, Apin- Apin, Keningau.

Saat Etuza dan suri hati datang menghantar sumbangan kemanusiaan kepada mangsa rumah terbakar saudara Johari tidak ada di kawasan kebakaran, menurut infor yang Etuza dapat dari jirannya saudara Johari dan ahli keluarga pergi tinggal di kebun buat sementara. Etuza minta agar mereka dihubungi bagi menyampaikan sumbangan terutama pakaian dan makanan yang lain seperti beras dan lain-lain.

Ahamdulillah anak saudara Johari datang dengan pantas dan menghulurkan salam. Etuza menyampaikan sumbangan dan memberikan kata-kata nasihat agar bersabar dengan ujian kebakaran ini. Rumah terbakar dan apa juga yang telah terbakar bersama dua buah rumah, boleh di ganti tetapi nyawa yang terkorban jika berlaku kemalangan jiwa semasa terbakar tidak dapat diganti lagi. Etuza menarik nafas merasa gerun melihat dua buah rumah terbakar hangus dan beberapa kenderaan juga dan banyak lagi turut hangus terbakar. Keluarga semua selamat tetapi sehelai sepingang tanpa dapat menyelamatkan harta benda. Kejadia api marak begitu cepat kata Nasrul Hakim. Ya Allah apabila Engkau uji maka akan terjadi keadaan yang tidak terjangkakan. 

Sabar Hadapi Ujian.

Semoga keluarga Johari dan saudara Pius sabar hadapi ujian ini. Semoga akan ramai lagi datang menghulur sumbangan sebagai mini kemanusiaan kepada mangsa kebakaran di Kampung Takad, Apin-Apin, Keningau Sabah.
Kebakaran ini berlaku pada jam 7.00 pagi menurut laporan ahli keluarga mangsa rumah terbakar. Berlaku di Kampung Takad Apin-Apin, Keningau. Dan memang ramai ahli keluarga mangsa yang Etuza kenali, antaranya Saudara Johari, Masri, Halim dan Asmin Bin Mahadi. Selain itu Pesara cikgu Pun Zaleha Bte Mahadi juga amat Etuza kenali. 

Mengetahui dua buah  rumah terbakar dari sahabat Nasrul Hakim Bin Tugino Karno. Menyatakan rumah pakcik dia terbakar hangus dan juga hampir terbakar atas bumbung rumah milik ayah Nasrul Hakim Tugino, dengan izin Allah rumah ayah Narsul Hakim selamat dan mereka yang berada di saat kebakaran berlaku, mengumandangkan Azan tanpa henti. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan api yang amat mengejutkan seluruh kampung pada 09.05.2026 bersamaan pagi hari Sabtu. 




Semoga sumbangan ikhlas dari Family Etuza dapat meringankan beban keluarga Johari.Aamiin.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Allahuakbar..kesian sungguh...semoga dipermudahkan buat mangsa kebakaran

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Semoa semua keluarga yang ter;ibat terus bersabar dengan dugaan ini.

    BalasPadam
  3. Semoga yang diduga tabah hadapi ujian

    BalasPadam
  4. Besar dugaan mereka.
    Buat diri rasa lebih bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita ada dgn lebih baik. Alhamdulillah syukur
    Semoga mereka semua diberi ketabahan dan dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  5. semoga dikurniakan ketabahan buat mereka menghadapi ujian kehidupan.

    BalasPadam
  6. Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka yang terlibat dan menggantikan dengan perkara yang lebih baik untuk mereka di masa mendatang

    BalasPadam
  7. alllahuakbar...semoga keluaga mereka tabah menghadapi ujian.. alhamdulillah, yang penting tiada kemalangan jiwa berlaku

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkanNya segala urusan mereka yang sedang di uji dengan musibah, aamiin

    BalasPadam
  9. Salam takziah buat mangsa2 kebakaran di Keningau. Semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik buat mereka 🤲🏻

    BalasPadam
  10. Ya Allah melihat puing2 bekas kebakaran, tak terbayang besarnya api 😭😭. Semoga semua yg menjadi korban, bisa tabah dan sabar. Betul kata Abang, harta bisalah dicari. Tp kalau sampai nyawa yg hilang, tak mungkin lagi tergantikan

    BalasPadam
  11. Ya Allah, turut berduka melihat duka ini.
    Moga para korbannya diberikan ketabahan

    BalasPadam
  12. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah gantikqn dengan lebih baik.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.