Rugi Jika Tidak Klik Statistik Blog.

Bersyukur kita apabila paparan statistik blog mencanak garafik tertinggi.

 Klik Statistik Blog.

Pagi ini, awal bangun menunaikan kewajiban kepadaNya. Dan amat bertuah dan hebat seandainya ada antara kita seusai solat subuh, lalu teruskan duduk bersila sambil membaca al quran ( Kalam Allah ). Membaca al quran adalah perbuatan yang sangat Allah sukai dan sebesar besar ganjaran kepada tiap hambaNya yang membaca kalam Allah ini. Subahanallah. Rahmat pahala kepada anda semua. 

Klik statistik blog anda pagi ini, paparannya bagaimana. Biasanya paparan grafik statitik yang kita lihat akan memaparkan beberapa perkara antaranya ialah : -

Paparan Sepanjang masa yang memperlihatkan kita tontonan tamplat blog kita SEPANJANG MASA,PAPARAN HARI INI, PAPARAN SEMALAM DAN PAPARAN BULAN INI SERTA BULAN LEPAS. Mana satu antara 5 perkara itu yang sangat menjadi tumpuan anda.Pada Etuza PAPARAN HARI INI adalah yang sangat Etuza suka kerana memaparkan kunjungan pembaca maya ke blog kita sepanjang hari ini. 

Pasti sangat gembirra dan berbunga hati , mekar dan amat bersyukur apabila paparan pengunjung blog kita dalam hari ini mencapai ribuan klik seperti statistik pengunjung blog contohnya hari ini mencapai 7.88 K. Subahanallah ramainya kan, pasti ramai klik melibatkan pembaca maya dalam negara mahupun di luar negara. Kita haruslah hargai mereka, dan KEKAL KAN BERBLOG secara positif, lontarkan idea bernas dan bermanfaat kepada ramai orang.

Paparan yang kedua dalam STATISTIK ialah Jumlah Tatapan yang melibatkan setiap ENTRI kita dalam blog termasuk ENTRI terbaru yang kita terbitkan ke udara maya. Contohnya paparan klik hari ini saja sudah mencapai 1246 ribu paparan halaman blog personal kita. Wah, sesuatu yang amat amat membahagiakan. Cuba jika sudah menjelang petang dan ke malam, pasti STATISTIK blog kita akan berubah wajah lagi. Sungguh hebatkan GOOGLE bekerja untuk kita. Tabik lah GOOGLE ini.Terima kasih kita ucapkan kepada pihak pengurusan Blog oleh GOOGLE.

Paparan yang ketiga adalah dalam STATISTIK akan paparkan pula ENTRI yang teratas paling banyak klik dalam setiap ENTRI yang kita terbitkan. Contohnya hari ini dalam klik STATISTIK blog Etuza terlihat ENTRI bertajuk RESIPI TELUR REBUS MASAK MERAH menjadi pilihan ramai hari ini. Ya Allah ada apa dalam resipi ini hingga ratusan orang klik. Resipi dari SURI HATI menghiasi blog Pesona Etuza pada 09Dis 2014. 

Kepada sesama bloggers di mana juga berada klik lah statitik blog anda selain klik ulasan dan pendapatan di DASHBOARD templat rekabentuk blog anda, kerana apabila klik statitik itu, kita akan bersemangat untuk teruskan berkarya di blog. Kita umpama RUGI atau kurang pengetahuan tentang nafas statistik blog kita, jika kita begitu tidak berkesempatan klik STATISTIK blog kita menerusi DASHBOARD. 

InshaAllah teruskan berkarya di blog kesayangan kita sendiri.


Semoga kita menjadi antara bloggers di Malaysia yang memberikan catatan bacaan bermanfaat kepada ramai pembaca maya, justeru itu teruskan berblog.



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Wah besar sekali lho itu uncle. Luar biasa, tahniyaaah.
    Saya pun sering pantau statistic blog, tapi lewat google search console ni uncle.

    BalasPadam
  2. W'salam saudara Etuza..
    Bagus dan memberi info post ini. Saya pun cuba untuk mengikut jejak langkah saudara supaya terus blogging..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah blog masih relevan sampai sekarang.

    BalasPadam
  4. salam hari sabtu utk cg etuza. moga sentiasa bersemangat berblog!

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah, moga terus berkarya berkongsi manfaat dan kindness.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah trafik melonjak tahniah cikgu

    BalasPadam
  7. Sesekali memang tenguk statistic. Tapi kadang saya tak paham apasal negara luar lebih banyak dari negara sendiri jumlahnya.

    BalasPadam
  8. seronok kan bila tengok PV kita tinggi. takdelah rasa macam menulis di blog syok sendiri je, masih ada yg baca blog kita :D

    BalasPadam
  9. Tak tau mana nak klik.... Uncle tak pandai langsung....

    BalasPadam
  10. sy selalu juga tgok statistik tu. kdg2 tu tgok angka yg mencanak tinggi. mcm x percaya plak..

    BalasPadam
  11. Teruskan bersemangat untuk berkarya! Semoga penulisan kita membawa manfaat kepada orang lain aamin

    BalasPadam
  12. Tinggi juga view tu, Cikgu. Alhamdulillah, semoga Cikgu terus memberikan penulisan berilmiah.

    BalasPadam
  13. Tahniah cikgu sebab statistiknya mengujakan. Semoga terus semangat untuk update blog ye

    BalasPadam
  14. Betul .. ladang kalau tgk statik blog menaik ..terus rasa semangat.

    BalasPadam
  15. Bertambah semangat kalau tgk statik mencanak naik... 👌🏻

    BalasPadam
  16. Haah selalu tengok juga stats blog. Mencanak banyak juga.

    BalasPadam
  17. selalu saja tgk statistik blog sendiri, tp angka2nya tak memberangsangkan...

    BalasPadam
  18. Saya tak pernah cek. Tak tahu juga melihatnya di mana 🤭. Cuma bagi saya, masih belum penting. Apalagi saya menulis blog hanya utk mencari teman dan sharing pengalaman saja. JD memang statistik tidak terlalu berpengaruh di saya 😁

    BalasPadam
  19. Setuju..klik stats tu salah satu cara menaikkan semangat untuk kita update entry...

    BalasPadam
  20. Semoga setiap entri yang kita buat, berguna untuk mereka yang membaca.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.