Kasturee Venue dan Global Canopy
Tempat ini adalah penyedia perkhidmatan pengurusan majlis yang berpangkalan di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah. Kasturee Venue berfungsi sebagai ruang acara (event space) manakala Global Canopy menyediakan kelengkapan majlis seperti kanopi, pelamin, dan katering.
Menyantuni jemputan perkahwinan anak teman rapat dan saudara sekampung suri hati Puan Mariah Bte Osman anak lelakinya bernama Ikmal Bin Rius selamat bernikah di lokasi yang indah bagaikan bayangan Syurga di Kasturee Vanue Global Conopy Kampung Bayangan , Keningau.Suka melihat pasangan di pelaminan di atas dengan berbaju Tradisitional KadazanDusun Sabah.
Pasangan bersabar melayan tetamu yang hendak mengambil gambar termasuk Suri Hati dan ipar pada hari Perkahwinan Ikmal Rius dan pasangannya.Etuza ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga ke Jannah kepada pasangan penangtin ini. Aamiin.
Maklumat Lokasi & Hubungan Kasturee Vanue.
- Alamat: No. 23A, Kampung Bayangan (Jalan Keningau-Apin-Apin), 89008 Keningau, Sabah.
- Telefon: +60 16-841 1218 atau +60 17-453 1355.
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9:00 AM – 5:00 PM); Isnin Tutup
Perkhidmatan yang Ditawarkan
Global Canopy menyediakan pakej lengkap (all-in-one) untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan, aqiqah, dan hari lahir:
- Ruang Majlis (Kasturee Venue): Ruang terbuka yang luas dengan kemudahan parkir yang boleh memuatkan sehingga 100 buah kereta.
- Kanopi: Pelbagai jenis termasuk kanopi lutsinar (transparent canopy) yang popular untuk tema romantik atau alam semulajadi.
- Dekorasi & Pelamin: Rekaan pelamin moden dan tradisional.
- Lain-lain: Katering, busana pengantin, fotografi, video, serta kek dan kad jemputan.
Kelebihan & Kemudahan
- Suasana: Dikenali dengan persekitaran yang cantik dan selesa, sesuai untuk majlis bertema Fairy Tale atau Outdoor.
- Kemudahan: Akses mesra kerusi roda (pintu masuk, parkir, dan tandas) disediakan di lokasi.
- Liputan Perkhidmatan: Selain Keningau, mereka juga menerima tempahan di kawasan berdekatan seperti Tambunan, Tenom, Sook, dan Nabawan.
| Suri hati dan ipar |
| Puan Mariah Bte Osman di tengah, ibu kepada pengantin lelaki. |
| Keindahan pelamin di Kasturee Vanue |
| Gambar kami, adik ipar yang ambil gambar.. |
| Gambar bersama Ketua Hakim Syariah Negeri Sabah, Yang Arif Haji Ahadin Haji Arinen. Di Lokasi Kasturee Vanue, Keningau, Sabah. |

18 Ulasan
meriah decoration dewan ni memang sesuai buat majlis.
BalasPadamMemang mewah..rezeki orang kita tak sangkakan..semua terpesonan bila datang kat sini..
Padamcantik dewan dan pelamin nya! salam 25 syawal utk cg etuza
BalasPadamTerima kasih kunjungan ya
PadamNampak megah dewannya.
BalasPadamKat sini ada homestay juga..memang mewah tempat ni..
Padammenu makanan apa selalunya utk majlis [erkahwinan di sabah?
BalasPadamMenu utama, sambal tuhau, masakan kampung ..apapun mesti ada ayam masak kari..
PadamUnik lah baju pengantinnya
BalasPadamPakaian tradisional orang Sabah.
PadamRata-rata sekarang gedung-gedung seperti ini memang menyediakan paket all-in-one ya, jadi bisa disesuaikan dengan kebutuhan acara, dan tinggal pilih paketnya saja. Sangat memudahkan sekali, apalagi yang berencana untuk menikah.
BalasPadamBetul..hanya datang saja..semua diurus pakej perkahwinan..sediakan kos saja ..
Padamsihat sentiasa cikgu.. moga majlis beroleh keberkatan
BalasPadamAlhamdulillah, terim kasih ya ustaz..
PadamSkr ini makin banyak perusahaan yg bergerak di bidang canopy, catering, dan apapun yg berkaitan dengan wedding kan. Krn banyak orang masih ingin menikah. Dulupun saya pasti pakai juga jasa Wedding organizer , jadi merekalah yg menyediakan segala dekorasi wedding dan lain sebagainya . Sangat membantu sekali jasa mereka. Krn semua dah mereka yg urus. termasuk deco, pelaminan, catering etc
BalasPadamBetul ..sentiasa sibuk Kasturee Vanue ni..setiap minggu ada yang tempah Wedding kat sini..
Padammesti indah kampung kayangan keningau..tahniah pasangan mempelai
BalasPadamKampung Bayangan ni memang indah..masyarakatnya elit kak PI..ada berpangkat YB kat kampung ni..
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.