| Jemaah di dalam Masjid bandaraya Likas, Kota Kinabalu. 21 Rakaat Solat Sunat Terawih. |
Singgah Solat Isyak & terawih Di Masjid Bandaraya Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
14.03. 2026 bersamaan hari Sabtu jam 10.00 pagi kami gerak dari Keningau ke Kota Kinabalu, hujung minggu sebagaimana yang telah kami rancang, pergi bersiar-siar sambil membeli baju raya di Kota Kinabalu, Sabah. Kota Kinabalu ibu Negeri Sabah, yang terkenal dengan kemajuan dan panorama yang indah di mana lokasi Kota Kinabalu di pesisir laut yang sangat indah saujana mata memandang.
Kali ini kami memilih ke Homestay di Kompleks Likas. Jika hendak melihat Hotel dan Homestay di Kompleks Likas, anda boleh kilk SINI dan anda akan dapat melihat paparan tentang hotel ini dan homestay yang menarik untuk anda berteduh semalam atau dua malam dengan harga yang sangat berpatutan serta suasana bilik yang sangat menarik dan selesa.
Sweet Homestay Di Tengah Ke Kiri Dan Kanan, Mudah Pergerakan dan Tidak Sibuk.
Etuza memilih hendak menginap di Sweet Homestay kerana berada diantara Masjid Bandaraya Likas, Kota Kinabalu dan pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Memudahkan pergerakan ke One Borneo arah Jalan Universiti Malaysia dan ke pusat Bandaraaya apabila berhasrat ke Suria Sabah, Center Point, Wisma Sabah atau ke Emago Sambulan Kota Kinabalu. Dan target utama kenapa tinggal di Sweet Homestay Hotel Kompleks Likas adalah kerana hendak menunaikan solat Isyak berjemaah dan menunaikan Solat Sunat terawih di Masjid Ibu Negeri sabah di Likas ini. Atas IzinNya Etuza dan semua keluarga isteri, anak dan menantu dapat solat bersama-sama. Alhamdulillah.
Terserempak Dengan Rakan Facebook Ustaz Khairol Anuar.
Seusai solat terawih, Etuza bergegas keluar dari dalam Masjid dan mencari- cari kelibat anak agar cepat pergi ke kenderaan. Rasanya perlu cepat balik ke tempat penginapaan supaya dapat berehat awal. terasa badan penat perjalanan jauh beratus kilometer dari Keningau ke Kota Kinabalu. Tiba-tiba kedengaran suara memberi salam. Subahanallah rupanya saudara Ustaz Khairul Anuar yang merupakan teman atau sahabat di Facebook menyapa salam pada Etuza. Wajah dia sangat dikenali dan kami bersalaman dan saling tersenyum dan seolah tidak percaya dapat bertemu di Malam Ramadan ke 25. Sempat berbual-bual panjang.
Ya Allah tidak sangka dapat berjumpa dengan dia yang rajin menyapa Etuza di facebook terutama pada tahun 2023 dan 2024. Kami ambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan dan kali pertama berjumpa. Indahnya Islam ini, saling menghargai sesama saudara Islam.
Berbuka Puasa Di Restoran Nur Balqis Di One Borneo Sabah.
Anak terlebih dahulu gerak ke Restoran Nur Balqis untuk tempah menu-menu berbuka kegemaran masing-masing. Etuza memesan Nasi Ikan Boulu dan air Kacang Soya tanpa ais. Manakala yang lain memesan Nasi Ayam Penyet dan minuman air sejuk seperti Tea Lemon Ais dan sebagainya. Alhamdulillah selesai berbuka puasa dan amat berpuas hati dengan layanan pelayan Restoran Nur Balqis. Masa itu Restoran Nur Balqis full house ( penuh ) sambil menunggu masa berbuka puasa petang Sabtu. Selesai makan mengalas perut, kami gerak ke Masjid Bandaraya Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Baiklah sebelum log out kerana nak keluar dari Sweet Homestay ini mari kita klik TEMU hari ini. Nampak promosi kasut yang sangat cantik dan padu maka Etuza klik iklan TEMU di blog KAKMIM. Jom Klik sama-sama di SINI.
| Jemaah berdatangan membayar Zakat Firah, ramai amil memungut zakat fitrah di Masjid ini. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.