Perahu Tradisional Penambang Ride, Kuching Sarawak.

Perahu di Sungai Sareawak  merentas ke sebelah di Bandarraya  Kuching Sarawak. Perahu Penambang RM1.00 dari Kampung Boyan, Kuching Sarawak.

Pernah Naik Perahu Penambang Tradisional Di Sungai Sarawak. 

Perahu tradisional dan dinamakan Perahu Penambang di Kuching Sarawak masih kekal hingga kini, walaupuan dikatakan terkesan akibat perkembangan kamajuan dan pembangunan. Perahu penambang tetap dikekalkan hingga kini mengikut rencana yang Etuza ketahui baru-baru ini. Masyarakat yang tinggal di sebarang Bandaraya Kucing Sarawak akan menggunakan Perahu Pernambang untuk datang berurusan di Bandaraya Sarawak. Dengan kos serendah RM1.00, mungkin ada penambahan kos menjelang tahun 2026, sebagaimana pengalaman Etuza pada suatu masa yang lalu. Sungai Sarawak ini sangat indah dan cantik sekali di Bandaraya Kucing dan  salah satu daya penarik pelancong datang ke Kucing Sarawak.

Inilah Perahu Penambang yang pernah Etuza dan suri hati naiki dari kampung seberang ke Bandaraya Kucing, Sarawak. Kami bersama dengan pelancong dari Kelantan yang mengatakan mereka telah berada di Sarawak selama 3 hari.

Galakan naik penambang di Sarawak masih diteruskan untuk menjaga warisan dan budaya di Sarawak. Perahu Penambang merupana kendaraan di atas air yang dibanggakan di Sarawak. Melihat Perahu Penambang di Kucing Sarawak masa itu, Kelihatan amat menarik kerana dihias dengan kreatif sekali.Sarawak terkenal dengan tenunan yang menarik menjadi hiasan Perahu Penambang ini. Syabas dan tahniah kepada warga di Sarawak kerana mengekalkan keindahan menerusi khidmat bakti Perahu Penambang ini hingga kini.

Salah satu dari merea ini ialah Pensyarah berasal Kelantan. Sama-sama melancong ke Sarawak masa itu.

Di Jeti ini kami menuju ke Perahu Penambang, sangat murah dan seronok naik perahu.
Jarak pun dekat dan dapat menikmati seketika keindahan tasik sungai Sarawak.


SILA KLIK SINI ( Naik Perahu Penambang Sarawak )Sumber Vedio /Tik Tok dari Google Search. 

Kami naik ke kawasan ini, dan terus jalan menuju ke Pusat Bandar Kucing, Sarawak
dimana akan kelihatan depan Water Front.



Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Sesekali naik cruise ni best. Bila lah nak pi sarawak lagi ni

    BalasPadam
  2. seronoknya naik perahu tambang di sungai Sarawak menikmati pemandangan cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa naik perahu sebegini, teruja..aman dan damai ja..macam dulu pakai pengayuh jika tak silap..

      Padam
  3. Penah datang Miri tapi belum sampai Kuching. Boleh jalan2 sana one day. Teringat kek lapis Miri, sedapp sangatt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah Bumi ni luas kita datangilah dengan niat kerana Allah melihat persekitarannya kan..

      Padam
  4. wahh menariknya! masih ada lagi perahu harga rm1 zaman sekarang ni ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada, digunakan kerana murah dan menjadi tarikan pelancong ..kenderaan dari seberang ke Bandar

      Padam
  5. Semoga perahu penambang ni tak pupus di telan dek zaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi, menjadi budaya dah di Sarawak ni wak..

      Padam
  6. Seronok nya... Siap ada bumbung lagi.. Kalau tak ada keperluan pun pasti akan naik juga perahu ini sebab nak merasa hihihii

    BalasPadam
  7. Wah, seronok baca pengalaman naik perahu penambang ni! 😍 RM1 saja untuk merentas sungai, murah tapi pengalaman dia priceless. Memang unik bila budaya tradisional macam ni masih dikekalkan di Kuching.

    BalasPadam
  8. memang best kalau dapat naik perahu gini

    BalasPadam
  9. teringin nak naik tapi bila nak jejak kaki ke sana tu yang tak tau.

    BalasPadam
  10. saya belum ada pengalaman naik perahu begini. harap akan ada peluang satu hari nanti

    BalasPadam
  11. Saya akan coba kalau ke sana 😍😍.pasti menarik bisa sekalian melihat kota sambil menyusuri sungai

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.