Perahu Tradisional Penambang Ride, Kuching Sarawak.

Perahu di Sungai Sareawak  merentas ke sebelah di Bandarraya  Kuching Sarawak. Perahu Penambang RM1.00 dari Kampung Boyan, Kuching Sarawak.

Pernah Naik Perahu Penambang Tradisional Di Sungai Sarawak. 

Perahu tradisional dan dinamakan Perahu Penambang di Kuching Sarawak masih kekal hingga kini, walaupuan dikatakan terkesan akibat perkembangan kamajuan dan pembangunan. Perahu penambang tetap dikekalkan hingga kini mengikut rencana yang Etuza ketahui baru-baru ini. Masyarakat yang tinggal di sebarang Bandaraya Kucing Sarawak akan menggunakan Perahu Pernambang untuk datang berurusan di Bandaraya Sarawak. Dengan kos serendah RM1.00, mungkin ada penambahan kos menjelang tahun 2026, sebagaimana pengalaman Etuza pada suatu masa yang lalu. Sungai Sarawak ini sangat indah dan cantik sekali di Bandaraya Kucing dan  salah satu daya penarik pelancong datang ke Kucing Sarawak.

Inilah Perahu Penambang yang pernah Etuza dan suri hati naiki dari kampung seberang ke Bandaraya Kucing, Sarawak. Kami bersama dengan pelancong dari Kelantan yang mengatakan mereka telah berada di Sarawak selama 3 hari.

Galakan naik penambang di Sarawak masih diteruskan untuk menjaga warisan dan budaya di Sarawak. Perahu Penambang merupana kendaraan di atas air yang dibanggakan di Sarawak. Melihat Perahu Penambang di Kucing Sarawak masa itu, Kelihatan amat menarik kerana dihias dengan kreatif sekali.Sarawak terkenal dengan tenunan yang menarik menjadi hiasan Perahu Penambang ini. Syabas dan tahniah kepada warga di Sarawak kerana mengekalkan keindahan menerusi khidmat bakti Perahu Penambang ini hingga kini.

Salah satu dari merea ini ialah Pensyarah berasal Kelantan. Sama-sama melancong ke Sarawak masa itu.

Di Jeti ini kami menuju ke Perahu Penambang, sangat murah dan seronok naik perahu.
Jarak pun dekat dan dapat menikmati seketika keindahan tasik sungai Sarawak.


SILA KLIK SINI ( Naik Perahu Penambang Sarawak )Sumber Vedio /Tik Tok dari Google Search. 

Kami naik ke kawasan ini, dan terus jalan menuju ke Pusat Bandar Kucing, Sarawak
dimana akan kelihatan depan Water Front.



Catat Ulasan

0 Ulasan