Bersama dengan keluarga dari Telupid Sabah bertemu dengan anak -anak buah di Keningau.
Dan Etuza berpangkat menantu mereka.Inilah kehidupan...

Tetamu Dari Telupid, Sabah.

Updatedkan blog dengan pengisian gambar  tetamu dari Telupid, Sabah. Hari ini  Etuza agak terkejut apabila suri hati menyatakan ada tetamu dari jauh hendak datang di rumah ini.Orang hendak datang ingin melawat anak buah, cucu dan menantu. Alhamdulillah, tetamu datang adalah rezeki. Lalu kami membuat pesediaan menyambut menyantuni tetamu seadanya.

Nama pangkat ibubapa mertua Etuza ialah;-
💚  Dahan Bin Rodot 💚  Roseyatima atau panggilan Yong💚  Dan anak perempuannya Nur Idayu. 
Mereka datang ke Keningau melalui jalan pintas dari Sanaron, Sook. Perjalanan mereka agak selesa kerana menurut Roseyatima jalanraya berturap yang baru dibuat. Jalan raya pintas ini akan terus ke Telupid, Sabah.

Dahan Bin Rodot ini merupakan sepupu pertama kepada Ibu Mertua Etuza yang merupakan ibu kepada Suri Hati yang sekian lama tidak berjumpa. Dahan juga merupakan pesara Polis yang memulakan tugas sebagai Polis di Negeri Terengganu dan bertemu jodoh dengan orang Terengganu bernama Puan Roseyatima @ Yong.Etuza sama sekali tidak menyangka bahawa Etuza ada pangkat Ibu Mertua juga dari Terengganu. Hari ini bersemuka dan pertemuan sangat mesra dengan saling mengenali antara satu lain. 

Mereka bergerak balik ke Telupid pada jam 4.30 petang. Terima kasih kunjungan dan semoga mereka bertiga selamat sampai di Telupid. Harap akan ada pertemuan semasa Majlis Hari Keluarga yang telah dirancang oleh mereka semua. Catatan nama juga telah direkodkan dan masing - masing membentuk salasilah keluarga.                                                                                                                                                                           

Puan Roseyatimah @ Yong sempat melihat2 sekitar laman Etuza, melawat ke kolam
dan sangkar burung merpati, dan berkeinginan hendak membuat taman katanya.
Mengambil gambar kenangan di Laman Etuza.
                                                                                                                            

Mereka lah 3 orang datang melawat ke rumah Etuza hari ini. Mereka ini dari Telupid, Sabah.


Turut datang bersama menyambut tetamu dari Telupid, Sabah ialah Rosnah, Zunidah,
Aqib, Hasimih, Kamisi dan Salina.

Suri hati hanya sempat menghidangkan kuih dan mee goreng serta minuman untuk tetamu dari
Telupid, Sabah.Alhamdulillah ada buah rambutan dari pokok dan buah tarap masak untuk 
tetamu dari Telupid.