Tahniah Graduan UKM Konvokesyen Ke 53 2025.

Tempat bergambar, latar belakang yang cantik sekali rekacipta Banner Biru yang segar

Konvokesyen Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

3.12.2025 hari Rabu, sidang petang masuk dari Pintu B ke Dewan Canscelor Tun Abdul Razak UKM Bangi Selangor,  anak ke 5 Etuza menghadiri, menyantuni dan menghormati penuh adab dan sopan ke Majlis Konvokesyen ke 53 UKM tahun 2025. Sebagai ibubapa kami mengiringi anak ke Konvokesyen ini dari mula pada Sidang Petang pada hari Rabu hingga selesai pada jam 5.00 petang, tanda kami ibubapa amat bersyukur dan mendukung 100% usaha anak menyahut cabaran menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan setahun di UKM Bangi Selangor.

Petang Rabu Etuza agar risau kerana kedengaran langit berbunyi ( Guruh ) dan turun hujan renyai dan kemudian agak deras hingga anak-anak dan suri hati mencari perteduhan dari hujan dekat pintu A sisi kanan Dewan Canscelor Tun Abdul Razak.Semua yang hadir turut mencari perlindungan dari basaha baju akibat hujan.Hujan rahmat dipetang hari , hari Rabu.

Acara Bergambar Diiringi Hujan Renyai Yang Meresahkan, Tetap Sabar Dan Mengharap RahmatNya.

Sebaik anak keluar dari Dewan Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor, kami sambut anak dengan jambangan bunga hidup yang wangi. Hanya sederhana sahaja kerana harga ratusan ringgit tidak mampu milik detik itu. Anak tersenyum dan mendakap jambangan bunga sambil berjalan menuju ke lokasi tempat bergambar ( shoting )  sebagai kenangan terindah di UKM yang sangat segar dengan khazana Ilmu Pengetahuan.

Tetapi kami agak risau kerana hujan renyai masih  turun tanpa henti tetapi sekadar menampar kulit wajah dengan lembut. Cucu dipayungi dalam keadaan sangat lena tidur  disikut oleh menantu dengan penuh kasih sayang.Lantas kami segera mengambil gambar dengan cepat, tanpa mengira latar belakang gambar dalam keadaan center atau bagaimana keadaannya, kerana hendak ke KLCC lagi , sesuai dengan perancangan dan kehendak kami bersama sepakat ke KLCC petang Rabu. Solat jamak Zohor dan Asar telah kami laksanakan di Surau berdekatan yang telah di sediakan olek UKM.

Gambar-gamabr yang telah diambil disimpan tanpa melihat apa keadaannya kerana kami perantau perlu beredar segera dari UKM ini. Sebenarnya belum puas berada di UKM tetapi dituntut untuk meneruskan misi visi kami ke KLCC lagi. Sebaik acara bergambar selesai dalam kiraan 5 minit kereta ALZA hitam datang menjemput kami. Hanya dengan  mengambil perkhidmatan Grab kami merasa selamat cepat sampai di KLCC, kami sedia memaklumi dan jangkakan jalan raya megah di Selangor ke Kuala Lumpur pasti sesak dan akan menjadi perlahan gerakan setiap kenderaan.Pasti keadaan jammed ini setiap hari berlaku di Kota Metropolitan Kuala Lumpur Ibu Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Alhamdulillah & Syukur Selesai Hajat Menyantuni Kovokesyen ke 53 di UKM hari Rabu. Terima kasih Allah, lancarkan urusan kami dan memberi perlindungan dan kesempatan yang membahagiakan kami. Tahniah kepada anakanda kami yang telah menerima anugerah setelah setahun belajar pedagogi pendidikan, piskologi pendidikan alaf 21 dan berbagai program sebagai pelajar DPLI di UKM. Anugerah  itu ialah Sijil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah .

( Catatan : Oleh Etuza, Pesona Etuza ~ Klik Mungkin anda terlepas ) Catatan ini dibuat setelah Etuza dan keluarga telah kembali di Keningau, Sabah. Bagaikan mimpi dalam mimpi, tapi nyata kini di rumah sendiri. Alhamdulillah.
Dewan yang sangat Gah di UKM Bangi Selangor

Buku Program Majlis Konvokesyen 53 Universiti Kebangsaan Malaysia.

UKM di hati semua warna merah ,kuning dan biru tenda di dataran hadapan Dewan..

Kad ini, membolehkan anak kami masuk dalam Dewan, dengan menggunakan kad akan 
memudahkan pendaftaran anak menjadi Garaduasi di UKM kali ke 53

Masa ini berada di luar Homestay di Permata Impiana, Bangi Selangor. Abang dan adiknya 

Menunggu masuk di Pintu A  Dewan bagi tetamu ibubapa

Di hadapan smart TV itu anak berurusan..

Fakulti Pendidikan. ( DPLI )

Bersama isterinya dan anak sulung ,turut bersama datang ke Majlis Konvokesyen di UKM.


Bergambar abadikan kenangan di ruangan ini..8 orang termasuk cucu..




Gambar ini ketika kami bersama ke UKM pada 4.12.2025 untuk kembalikan Jubah dan
proses mengambil Tanskrif SIJIL DIPLOMA PENDIDIKAN di Ukm Shape

Di lokasi ini pemulangan Jubah DPLI di UKM.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Alhamdulillah, semua ada dlm 1 frame... tahniah cikgu dan kelaurga

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah buat anak Cg. Bakal menyambung legasi ayahandanya, menjadi pendidik anak bangsa.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya ye...lena cucunda tidur,penat jalan jauh agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ya agaknya penat..jauh berjalan..pergerakan amat terhad..seharian dalam tangan ja..

      Padam
  4. Alhamdulillah, tahniah cikgu. turut berkongsi gembira.. moga kehidupan sentiasa diringi kejayaan yang diimpikan..

    BalasPadam
  5. tahniah kpd anak dan Etuza sekeluarga. Anak sy x pergi konvo UiTM sbb dia kata rimas la nak ikut protokol. Tp konvo degree nanti dia mesti pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang teruskan study ya anak Cikgu Abam Kie..teruskan usaha..tahniah bakal menjana kejayaan..

      Padam
  6. Tahniah cikgu dan anak cikgu. Bakal menjadi cikgu mengikut jejak langkah cikgu juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah bakal menjadi guru..semoga cepat di panggil temuduga

      Padam
  7. Alhamdulillah dan tahniah buat semua graduan serta keluarga , semoga terus suksess dalam bidang kerjaya pula, in syaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doa tulus ikhlas ya..inshaAllah

      Padam
  8. Tahniah kepada anak cikgu dan semua graduan dan keluarga. Semoga terus cemerlang menabur bakti kepada masyarakat. Semoga terus dirahmati Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doa ini ya, doa juga untuk Family DinoHauz..semoga bahagia selalu dalam meneruskan kehidupan ini..

      Padam
  9. Tahniah kepada anakanda Cikgu, juga Cikgu sekeluarga. Saya tumpang gembira.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.