Jauadah istemewa semasa makan malam di Hotel Juta, Majlis Perpisahan Cikgu Masrinah.
Berminat Klik Sini.
Majlis Perpisahan Cikgu Masrinah di Hotel Juta, Keningau.
18/10/2025 tepat jam 4.07 minit petang hari Sabtu, kemaskinikan lagi laman blog ini. Paparan yang mewarnakan wall blog kali ini adalah suasana di Majlis Perpisahan dengan Cikgu Masrinah Muhammad yang mendapat pertukaran di SK Kepayan Baru, Apin-Apin, Keningau, Sabah.
Sejak awal mendengar perpindahan cikgu ini, ramai bersedih kerana Cikgu Masrinah seorang baik hati, lembut dan dia sentiasa merendah diri. Cikgu Masrinah merupakan Penolong Kanan KoKurikulum di sekolah tempat Etuza bertugas. Dia digantikan dengan Cikgu Syukur Nadiu Abdullah. Kadang kala melihat dibilik atau pejabatnya kalibat Cikgu Masrinah Muhammad menangis terisak-isak ketika menanti detik akhir berada di sekolah ini. Sebagai ibu tunggal mungkin banyak perkara yang difikirkan oleh Cikgu Masrinah apabila dalam keadaan belum bersedia diarahkan berpindah ke sekolah lain.
Majlis perpisahan dan tertutup di Hotel Juta, Keningau. Ramai guru, para suami dan isteri serta anak-anak datang bersama di majlis ini. Ketika dalam ucapan cikgu Masrinah tanpa tertahan lagi, menangis begitu sebak. Mungkin banyak perkara sama ada manis dan pahit dirasai di SK.Penagatan selama bersama berkhidmat di sini.
Ibu Tunggal Yang Berjaya Mengasuh Anak Hingga Berjaya.
Apa yang mengkagumkan kami ialah, walaupun Cikgu Masrinah ibu tunggal, tetapi telah berjaya mendidik, mengasuh anak-anak nya hingga menjawat tugas dalam sektor kerajaan. Anak sulung memegang tugas Pembantu Perubatan di Hospital Keningau, anak kedua seorang Cikgu di SK. Banjar, anak ketiga merupakan seorang Jururawat dan bersuamikan seorang Polis, anak keempat merupakan seorang Cikgu juga dan anak kelima sedang belajar di Politiknik Kota Kinabalu, Sabah. Syabas dan tahniah kepada cikgu Masrinah dan anak-anak yang kini semua sudah berdikari dan mempunyai kerjaya yang kukuh.
Saling Bermaafan, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.
Dalam kesempatan ini, kami memohon maaf kepada Cikgu Masrinah andainya pernah menyakiti hati, sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, pasti ada terbuat silap, kesempatan ini kami mohon maaf zahir dan batin. Moment indah ketika di Hotel Juta Keningau berakhir dengan dendangan lagu - lagu hits masa kini, sambil kami menjamu selera. Jumpa lagi di lain artikal. Ejaan yang salah mohon maaf, akan dibetulkan.
Ada acara tukar hadiah semasa Majlis Perpisahan dengan Cikgu Masrinah.
Ini meja makan ( table ) makan malam yang Etuza duduk.
Meriah dan sedih juga malam ini, Majlis Perpisahan dengan Cikgu Masrinah Muhammad.
Bersama Nasrul hakim dan Rosdi Rusiman, meja yang sama dengan Etuza.
Hadiah khas dari warga sekolah kepada Cikgu Masrinah
Acara menjamah juadah dimulakan selepas ucapan dan doa majlis ini.
Acara tukar hadiah.
Acara tukar hadiah
Mendengar ucapan akhir cikgu Masrinah
Perpisahan itu pasti akan berlaku, semoga Cg Masrinah aman dan bahagia kini.
Cikgu Syukur Nadiau Abdullah menggantikan tempat Cikgu Masrinah.
Menitis air mata, mungkin kerana sedih berpisah dengan kawan-kawan guru
yang sudah lama bersama di SK.Penagatan, Keningau.
7 Ulasan
meriah majlis perpisahan tanda ingatan kenangan manis bersama pasti abadi
BalasPadamBanyak hadiah tanda hati diterima.. majlis pun meriah.
BalasPadamhebat cikgu masrinah. walaupun seorng ibu tunggal, tapi mampu membesarkan semua anak2 hingga berjaya. semoga cikgu berjaya di tempat baru
BalasPadamKalau dah lama berkhidmat di situ memang akan sedih banyak kenangan yang telah dikumpul.
BalasPadamSelamat maju Jaya utk Cg Masrinah. Alhamdulillah semua anak²nya berjaya dididik dgn sempurna.
BalasPadamHadiah hanger pun ada? Hehehehe
BalasPadamSesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan dan perpisahan bukan lah pengakhiran bg sebuah pertemuan. Semoga terus maju jaya buat yg bertukar.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.