Dapat Cenderahati di majlis perkahwinan Hazwan Bin Samin
Sabtu, 13.09.2025, Majlis Perkahwinan Hazwan dengan wanita pilihannya berlangsung meriah dengan kehadiran ramai saudara hadirin taulan. Dan ramai orang kampung datang memeriahkan majlis ini yang bermula seawal jam 10.00 pagi hingga ke petang. Nampaknya hujan renyai sepanjang Etuza berada di majlis ini.Hujan rahmat.
Hujan Rahmat Mengiringi Majlis Perkahwinan Petang Ini.
Etuza datang ke majlis ini jam 3.30 petang, tanpa ditemani anak kerana mereka berhasrat menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan saudara Masri Bin Mahadi di Kampung Buang Sayang, Bingkor, Keningau. Etuza putuskan tidak dapat hadir menyantuni perkahwinan anak perempuan Saudara Masri kali ini, ekoran hujan dan bertembung dengan majlis perkahwinan Hazwan Bin Samin. Hazwan ini adalah bekas murid saya, sebab itu kuat rasa hati hendak hadir di perkahwinan nya.
Nampaknya petang ini hujan turun, bagaikan merahmati perkahwinan ini.Perkahwinan yang diadakan di rumah kediaman lelaki atas persetujuan pihak pengantin perempuan. Kemeriahan agak terganggu apabila turun hujan renyai tetapi berpanjangan membasahi rambut dan baju. Namun pengantin tetap setia duduk di persandingan memakai pakaian busana pengantin songket bertema hitam menawan. Walaupun hujan masih ramai yang datang dan khemah yang dipasang juga penuh sesak.
Bergambar Sebagai Kenangan Indah Sebelum Balik Rumah.
Sebelum balik rumah, Etuza membawa suri hati dan semua ipar Etuza bergambar dengan pengantin di pelaminan, kebetulan tidak ada yang datang bersalaman dengan pengantin, Etuza segera ke pentas persandingan meminta izin untuk mengambil gambar kenangan. Kemudian ternampak Doktor Junaina yang merupakan ALUMNI sekolah Etuza. Kami bersama mengambil gambar sebagai kenang kenangan, dan istemewanya gambar perkahwinan ini menjadi penghias wall blog Etuza nanti. Bertambah berseri perkahwinan ini nanti apabila dilihat teman - teman blogger yang baik hati semua.
Berjebat Bersalam Salaman Budaya Orang Islam.
Dalam majlis perkahwinan,biasanya tetamu yang hadir diraikan dengan berjebat bersalam salaman mesra. Tanda ukuhuwa dan siraturahim terjalin. Ramai yang Etuza kenali dan tidak kenali berjebat salam salaman sebagai adat dan budaya orang Melayu, tanda hormat dan menghargai kehadiran. Berjebat salam sekali lagi berlaku apabila kita meminta izin untuk balik ke rumah sendiri.
Perasaan gembira mesti terasa apabila kita bersalaman sambil tersenyum. Begitulah hebatnya majlis perkahwinan, orang yang bertahun kita tidak pernah jumpa ekoran berkerja di daerah lain dan jauh tiba-tiba di depan mata bersalaman dan memeluk kita. Alhamdulillah selesai menyantuni perkahwinan Hazwan Samin.
Bergambar dengan anak murid kami antaranya Rayezat dan Wanul Amera.
Kenangan kami suami isteri bersama pengantin dan Doktor Junaina Amin.
Bersama kami saudara dan ipar sebelah Isteri.
Kenangan suri hati, adiknya dan Doktor Junaina.
Ceria keluarga Etuza di majlis perkahwinan ini.
Gambar kenangan ipar dan keluarga Etuza. Berpakaian putih kumpulan marhaban di
majlis menyambut rombongan pengantin.
Gambar Kenangan, Pengantin tersenyum manis ..Pakaian indah sekali.
misi Saham Akhirat
Ini TUTUNGKAP ( cenderahati ) bahasa Dusun. Happy jika kanak-kanak dapat,
ada gula gula di dalamnya Kreatif cantik.
9 Ulasan
Simple je pelaminnya. Rezeki dapat cenderahati majlis perkahwinan.
BalasPadamYa nampak simple, mereka gubah sendiri..
PadamLewat juga majlis bermula ye Cg... apa begitu keadaannya kenduri di sana? Di Semenanjung seawal jam 11 pg majlis dah mula.
BalasPadamSelamat Pengantin Baru kpd kedua mempelai
Awal majlis mereka ni, suri hati awal ke rumah mereka suri hati ikut kumpulan marhaban, selawat beramai-ramai..Jam 2.00 tu jemputan dah ramai, cuma Etuza ja lambat ke majlis ni..Ni khawin di desa, masuk kebun..
PadamAwal sebenarnya majlis mereka ni, suri hati awal ke rumah pengantin..dia ikut kumpulan marhaban dan mereka berselawat ..Etuza ja lewat ke majlis ni, menyantuni perkahwinan anak murid saya Hazwan..
PadamSemoga pasangan pengantin, iaitu bekas murid cikgu, kekal bahagia hingga ke jannah. Aminn.. Nampak meriah kenduri perkahwinannya.
BalasPadamSemoga kedua-dua mempelai peroleh sakinah dah mawaddah dalam perkahwinan. Mmng betullah orang2 sabah ni cantik n hensemm
BalasPadamUwaaaah cantiiiiiiik sekali pengantinnya 😊😊. Saya doakan mereka selalu dirahmati rezeki, rukun hingga akhir hayat, dijauhkan dari hal tak baik, dan diberi keturunan yg baik dan sholeh/Sholeha.
BalasPadamwahh now saya belajar bahasa baru..tutungkap yer...cute jer nak sebut sbb rhyming dgn perkataan tingkap
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.