Blogger Jauhi Amalan Buruk Sangka Sesama Manusia

Tampilan blog yang baik pasti akan diingati rakan bloggers~Etuza

Terpanggil petang ini memuatkan catatan dari hati yang ikhlas, menerusi pembacaan maya mengenai penampilan blog di laman sosial. Blog masih releven hingga kini walau ada kenyataan platform blog tidak setanding dahulu pada mula - mula kehadiran blogspot. Buktinya ialah masih terlalu banyak blog yang lahir  wujud dan aktif pada tahun 2025 yang dihoskan oleh bloggers terkenal yang lama dan yang baru. Hakikat ini tidak boleh disangkal lagi. Sebab itu addmin blog ini ada membaca berbagai status di blog. 

Jauhi Amalan Buruk Sangka Sesama Manusia ( Bloggers)

Teman ku yang dikasihi, dihormati dan dihargai, ada antara kita saling berkomentar, melihat paparan blog dari masa ke semasa. Kita membaca apa cerita apa infor pada catatan kita, tidak dinafikan kita sebenarnya menilai persembahan blog. Bohong jika kita tidak katakan "ya" pada pendapat ini. Termasuklah penampilan di blog Pesona Etuza termasuk dinilai oleh masyarakat umum khasnya teman ku sahabat bloggers.

Penyakit Ain & Benci dan Iri Hati.

Setelah membuat pembacaan rupanya ada dikatakan sesebuah blog itu dinilai secara negatif dan lain-lain gelaran. Membaca  hal ini menjadikan perut ini kecut, terkejut dan merasakan begitu kerdil diri ini hingga hal sebegini tak terjangkau oleh mindaku. Ya Allah jauhi blog ku dari adanya sikap ini. Meninggi diri dan digelar blog sombong. PadaMu yang Allah kita mohon jauhi amalan Buruk sangka Sesama Manusia atau sesama Blogger walau di manapun berada, marilah hindari sikap ini, di arena blog. 

Namun kita ini siapa? hanya hamba Allah yang diberi olehNya akal fikiran, dan terarah membesarkan Allah.Terbina keyakinan bahawa segala apa sekecil zarah di benak hati kita Allah tahu semuanya. Justru bila melihat blog kawan-kawan terbit rasa negetif, mohon lah gantikan dengan fikiran positif atau husnuzon. Iaitu berfikir yang baik untuk addmin sesebuah blog di alam maya.

Berharap Kita Sesama Blogger Bertemu Di Akhirat ( Syurga Allah)

Apabila ada rasa ikhlas kita kongsilah perkara yang baik, niat memberi inspirasi, motivasi dan berusaha menjayakan visi misi diarena blog serta dikehidupan sebenar. Kita kongsikan gambar bukan membangga diri, bukan minta di puji, kerana keindahan apa sahaja itu sebenarnya milik Allah Dia lah Allah yang sempurna, kerana sebijak manapun, secantik apapun seseorang itu, sekaya manapun  sebenarnya Allah yang menumpangkan kepadanya semua yang dia miliki itu bersifat  sementara di Dunia. Tiada yang kekal abadi melainkan di Akhirat kelak. 
Bolehkan Aku Berdoa Kita Sesama Bloggers Dimanapun Jua Berada  Kita Bertemu Di Akhirat ( Syurga). Justru itu kita jauhi buruk sangka sesama manusia dan juga sesama bloggers. Aamiin. 
Memohon Maaf Jika Blog Etuza Tertampil Ego

Kepada blogger yang selalu tampil melihat paparan blog ini, saya sejujurnya AMAT menghargai dan percaya anda semua tergolong orang yang jauh dari sikap negatif itu. Tetapi anda semua saudara sesama Islamku , sahabatku yang sangat tinggi pegangan agama dan tahu sebenarnya perasaan negatif itu kepada sesama manusia amat dimurkaiNya dan mendatangkan dosa tanpa disedari. Mohon maafi Etuza sekiranya menguris hati menampakkan tampilan catatan yang terlihat ego dan taksub terhadap tampilan blog Etuza. 

Please maafkan saya.Bukan niat mengurisi hati melainkan mahu berikan informasi peningkatan blog yang kita hargai ini. Terima kasih Google yang membenarkan kelahiran blog Pesona Etuza di alam maya.

Blog Inspirasi Kita Klik Kembara Di Bumi India ~ Part 5 ( Ustaz Abui Ikwan )
Sebuah Blog yang Etuza Gemari. Sopan santun penyampaian dan berbudi bahasa.

Blog hanya tercipta sebagai informasi  kenangan lalu,Ada ukuhuwa maya dan memberi inspirasi 
kepada sesama bloggers mencipta kreativiti seni berblog. Nilai blog dengan cara positif bukan
ke arah negatif. Bersenilah sebagai blogger dengan cara husnuzon.



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Moga kita semua dijauhkan dari semua sifat keji, iri hati dan yang buruk.

    BalasPadam
  2. eh ada ke yg komen tak baik dekat blog orang lain? pelik2 sungguh perangai

    kita tulis blog ni untuk santai2 dan nak share aktiviti harian je. usah pedulikan benda2 yg negatif

    BalasPadam
  3. Nauzubillah, moga kita semua dijauhi dari segala tak tak baik. Kita menulis blog untuk kenangan dan simpanan dimasa akan datang (untuk cucu cicit menatapnya)

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua para blogger mendapat kebaikan dan keberkatan dunia akhirat.. Penulisan sebagai gedung pahala buat kita..

    BalasPadam
  5. Semoga kita dijauhi dengan perasaan² yang negatif...sejujurnya, Linda suka suasana di blog..tiada yang mengecam,.mungkin belum lagi berjumpa yang negatif...
    Semoga yang baik² sj untuk kita, apa yg dikongsikan bukan UTK niat mebanggga diri,lebih kepada catatan peribadi.

    BalasPadam

  6. Dgn niat yg baik (mencoret kenangan, berukhuwah di alam maya dsbnya) In Sha Allah yang baik2 saja yg datang hendaknya aamin

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan segala urusan abang dan sihat-sihat selalu..

    BalasPadam
  8. Setakat ni rakan blogger semua bagus2 & sentiasa +ve. Yang banyak toxic tu macam FB. Sedih baca komen2 bergaduh sesama sendiri.

    BalasPadam
  9. terima kasih cikgu etuza atas perkongsian yang bermanfaat. saya mengambil nasihat ini langsung sebagai peringatan kepada diri saya..

    BalasPadam
  10. buang yang keruh, ambil yang jernih.. anggap saja la itu sebagai asam garam dalam dunia ni.. kita tak boleh senangkan hati semua orang.

    btw, terima kasih kepada etuza kerana selalu memberikan input yang menarik dan berilmiah.. semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan.. ^^

    BalasPadam
  11. Eh, ada ke mcm tu? Setakat ni sy belum pernah jumpa yg negatif lg.. allahu! Jauhilah kita semua dr PHD.. menulis di blog ni pun cuma utk coretan sendiri utk tatapan sendiri dan anak2 1 masa nnt.. sayang semua sahabat blogger walaupun belum pernah bersua muka.. semoga ukhwah kita berkekalan hendakNya

    BalasPadam
  12. Saya malah sukaaaa bisa menemukan blog Abang, dan baca isinya, menarik sebab banyak ttg keluarga juga.

    Tak habis pikir juga saya kalo ada yg menganggap tulisan di blog sebagai sikap sombong yg hanya nak flexing. Padahal kita hanya ingin berbagi informasi. Bukan untuk menyombongkan diri ..

    Sering2 untuk berpikir baik dan positiflah harusnya. Dari blog juga saya banyak mendapat teman baru, bahkan kdg bisa bertemu saat saat sedang traveling ke kota tempat teman blogger tinggal.

    BalasPadam
  13. Ya menulis untuk berkongsi sahaja.

    BalasPadam
  14. Semoga yang baik-baik sahaja dari penulisan kita juga dari pembaca serta rakan blogger.. Aamiin..

    BalasPadam
  15. Semoga kita sama-sama dijauhkan dari sifat buruk sangka tapi selalu berbaik sangka.
    Semoga persahabatan via blog ini tetap terjalin dengan baik, Mas.

    Salam,

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.