Bloggers Dimanapun Berada Kita Bertemu Di Akhirat.( Syurga)


Terpanggil petang ini memuatkan catatan dari hati yang ikhlas, menerusi pembacaan maya mengenai penampilan blog di laman sosial. Blog masih releven hingga kini walau ada kenyataan platform blog tidak setanding dahulu pada mula - mula kehadiran blogspot. Buktinya ialah masih terlalu banyak blog yang lahir  wujud dan aktif pada tahun 2025 yang dihoskan oleh bloggers terkenal yang lama dan yang baru. Hakikat ini tidak boleh disangkal lagi. Sebab itu addmin blog ini ada membaca berbagai status di blog. 

Jauhi Amalan Buruk Sangka Sesama Manusia ( Bloggers)

Teman ku yang dikasihi, dihormati dan dihargai, ada antara kita saling berkomentar, melihat paparan blog dari masa ke semasa. Kita membaca apa cerita apa infor pada catatan kita, tidak dinafikan kita sebenarnya menilai persembahan blog. Bohong jika kita tidak katakan "ya" pada pendapat ini. Termasuklah penampilan di blog Pesona Etuza termasuk dinilai oleh masyarakat umum khasnya teman ku sahabat bloggers.

Penyakit Ain & Benci dan Iri Hati.

Setelah membuat pembacaan rupanya ada dikatakan sesebuah blog itu dinilai secara negatif dan lain-lain gelaran. Membaca  hal ini menjadikan perut ini kecut, terkejut dan merasakan begitu kerdil diri ini hingga hal sebegini tak terjangkau oleh mindaku. Ya Allah jauhi blog ku dari adanya sikap ini. Meninggi diri dan digelar blog sampah. PadaMu yang Allah kita mohon jauhi amalan Buruk sangka Sesama Manusia atau sesama Blogger walau di manapun berada, marilah hindari sikap ini, di arena blog. 

Namun kita ini siapa? hanya hamba Allah yang diberi olehNya akal fikiran, dan terarah membesarkan Allah.Terbina keyakinan bahawa segala apa sekecil zarah di benak hati kita Allah tahu semuanya. Justru bila melihat blog kawan-kawan terbit rasa negetif, mohon lah gantikan dengan fikiran positif atau husnuzon. Iaitu berfikir yang baik untuk addmin sesebuah blog di alam maya.

Berharap Kita Sesama Blogger Bertemu Di Akhirat ( Syurga Allah)

Apabila ada rasa ikhlas kita kongsilah perkara yang baik, niat memberi inspirasi, motivasi dan berusaha menjayakan visi misi diarena blog serta dikehidupan sebenar. Kita kongsikan gambar bukan membangga diri, bukan minta di puji, kerana keindahan apa sahaja itu sebenarnya milik Allah Dia lah Allah yang sempurna, kerana sebijak manapun, secantik apapun seseorang itu, sekaya manapun  sebenarnya Allah yang menumpangkan kepadanya semua yang dia miliki itu bersifat  sementara di Dunia. Tiada yang kekal abadi melainkan di Akhirat kelak. 
Bolehkan Aku Berdoa Kita Sesama Bloggers Dimanapun Jua Berada  Kita Bertemu Di Akhirat ( Syurga). Justru itu kita jauhi buruk sangka sesama manusia dan juga sesama bloggers. Aamiin. 
Memohon Maaf Jika Blog Etuza Tertampil Ego

Kepada blogger yang selalu tampil melihat paparan blog ini, saya sejujurnya AMAT menghargai dan percaya anda semua tergolong orang yang jauh dari sikap negatif itu. Tetapi anda semua saudara sesama Islamku , sahabatku yang sangat tinggi pegangan agama dan tahu sebenarnya perasaan negatif itu kepada sesama manusia amat dimurkaiNya dan mendatangkan dosa tanpa disedari. Mohon maafi Etuza sekiranya menguris hati menampakkan tampilan catatan yang terlihat ego dan taksub terhadap tampilan blog Etuza. 

Please maafkan saya.Bukan niat mengurisi hati melainkan mahu berikan informasi peningkatan blog yang kita hargai ini. Terima kasih Google yang membenarkan kelahiran blog Pesona Etuza di alam maya.


Catat Ulasan

0 Ulasan