Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif Pesona Etuza. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

CALON Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012


Bekas murid ni, jumpa hari ini setelah bertahun tak jumpa.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pesan Dari Hati Seorang Blogger

Bertemu lagi di laman sosial ini. Kepada semua yang klik untuk melihat paparan blog ini, diharapkan agar terbuka menerima tiap bicara atau catatan tulus ikhlas dari hati ini termasuklah penulisan dari rakan blogger lainnya di mana pun berada. Selagi tak menyentuh  emosi, tidak menyakiti dan apa juga yang merosakkan perasaan anda, maka terimalah kehadiran paparan blog yang dipersembahkan di alam maya ini. Semua bertujuan menulis dari hati, jika bukan menulis dari hati tidak akan berlaku lambakan blog terpamer di persada maya. Catatan sebenar adalah di bawah ini.

Kebetulan Bertamu Tanpa Diduga

Hari ini, tanpa di duga terserempak jumpa dengan bekas anak murid semasa di sekolah rendah dahulu. Mungkin ditakdirkan oleh yang maha kuasa, berjumpa dengan bekas murid ini dalam keadaan tidak di sangkakan. Mulanya hendak ke rumah teman guru di desa kelahiran iaitu rumah Cikgu Jenisi. Rumah cikgu ini di tepi jalan raya dan berdekatan tapak perkuburan di desa kelahiran Etuza.

Dari jauh nampak tiga sosok tubuh berbaju hitam, seperti baju berkabung kerana ada kematian. Setelah berhenti dan parking di bahu jalan, lalu  menyapa mereka, rupanya salah seorang dari mereka adalah bekas murid semasa di sekolah rendah dahulu. Etuza sangat terkejut kerana sejak ke sekolah menengah di MRSM Kota Kinabalu dan ke UMS Sabah, sehingga bekas murid ini bekerja di Kota Kinabalu, Etuza sekalipun tidak pernah terjumpa

BEKAS TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2012

Nama dia Leon Bin Likon, merupakan Bekas Calon Tokoh NILAM  peringkat Negeri Sabah pada tahun 2012. Pemenang tempat ketiga Tokoh NILAM Negeri Sabah tahun tersebut, dan Etuza guru pengiring dia yang di adakan di Sandakan, Sabah.

Sebenarnya Leon Bin Likon balik ke desa, disebabkan datok dia meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan pada petang 23/7/2025. Etuza sempat bergambar dengan Leon yang juga merupakan Tokoh Murid pada tahun 2012 di sekolah Etuza dan juga Ketua Murid masa itu. Leon seumur dengan anak Etuza yang ke lima. Sebab semua keadaan kepimpinan dia sebagai murid yang kami banggakan masa itu menjadikan Etuza terlalu gembira berjumpa dengan Leon tanpa di duga. Kini Leon berekerja di Kota Kinabalu sebagai seorang Jurutera. Syabas dan tahniah kepada Leon Bin Likon atas kejayaannya yang membahagiakan ibubapanya.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah.mesti happy bila tgk anak didik berjaya

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. bagus sudah anak murid cikgu ini.. ^^

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah seronok hasil titik ajaran guru dapat murid yang terbaik

    BalasPadam
  4. rezeki untuk berjumpa dengan bekas anak murid.. moga dapat merawat kesedihan Leon yang baru kehilangan datuknya...

    BalasPadam
  5. wah! Seonoknya bila dpt berjumpa dgn mantan murid kita. sy dah mengajar hampir 28 thn entah beribu sudah anak murid sy..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah bahgia dpt bertemu anak murid yg tiasa ingat gurunya didik ilmu hingga jaya

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah masih bisa berjumpa
    Dan masih bisa saling menyapa

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah hasil didikan family & guru2..tahniah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.