Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Update lagi rumah Ayah dan Mak ..hampir siap
Apa khabar? Bertemu di udara maya petang Khamis 04/11/2021. Terasa tidak dapat seiring dengan masa, ada sahaja kerja-kerja yang amat menuntut untuk diselesaikan hingga agak mengabaikan hal bloggging. Ada blogger kata " Blog Bukan Hak Milik Kekal" Etuza agak minat kata-kata ini.
Apa saja bukan hak milik kekal. Apa yang kekal abadi ialah apa juga amalan kita yang baik-baik. Marilah rajin daftar di hadapan Allah untuk melakukan apa juga amalan yang menjurus ganjaran pahala melimpah kepada kita semua.
Hari ini, dalam jam 9.00 pagi pergi ke rumah mak ayah di desa. Nampaknya banyak kemajuan yang Etuza lihat. 3 hari di Kota Kinabalu dari Isnin hingga Rabu, memang agak banyak perubahan yang pekerja lakukan.
Setakat ini telah dan sedang siapkan seperti:-
* Pemasangan lampu
* Pemasangan suis dan soket
* Pemasangan tail kaki lima
* Pemasangan bluster bulat pagar kakilima
* Pengecatan 3 warna
* Paitong simin halus dinding dapur ( renovet)
* Pemasangan zink spandik yang tertinggal
* Pemasangan kabinet dapur ( rangka kabinet)
* Pemasangan pintu pada 8 buah bilik.
* Pemasangan frame sliding dapur
* Pengecatan dan kompound syiling cornice
Alhamdulillah atas apa yang telah dicapai setakat ini.
5 pekerja pembinaan rumah mak ayah telah balik ke rumah masing-masing dengan izin kami sekeluarga. Kadang kala ada masa kurang sihat maka perlu berehat untuk mendapatkan kelegaan setelah penat esetiap hari bekerja disiang hari. Hanya tinggal Dimar, Azlan dan Nas yang masih bertahan menyiapkan dapur rumah ini.
InshaAllah dalam masa seminggu dua rasanya rumah mak ayah akan siap tetapi belum siap sepenuhnya.

Etuza pada jam 2.00 petang hari ini. Di rumah baru
mak ayah.
Dua orang adike Etuza, mereka juga turut
sibuk membeli peralatan rumah

Sedang berbincang harga tail
untuk lantai dapur ...
pada 04/11/2021
di Ceramik Keningau Sdn Bhd.
7 Ulasan
Assalamualaikum. datang singgah sini.. besar betul rumah tu.. :)
BalasPadamWaalaikumsalam...terima kasih datang jengok blog ni ya. Alhamdulillah
PadamRaya nanti meriahlah sambut kat rumah baharu
BalasPadamPasti kami kumpul sini wak
PadamKombinasi warna pastel yg menarik
BalasPadamwahhh nampak luas dan cantiknya rumah tu cikgu, moga berlimpah pahala dan rezeki buat cikgu dan adik beradik yang buatkan rumah buat mak ayah tersayang
BalasPadamwaaa... hampir siap... x sabar nk tgu progress seterusnya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.