Cek Out Di Kinabalu Daya Hotel
Bila berada jauh, tempat di mana hendak menginap adalah no 1 difikirkan di minda.Bagaimana kos harga sewaan barang semalam pun kena fikirkan sambil memantau bajet yang ada. Dalam seronok berjalan jauh ada juga rasa pahit dan rasa kecewa atas sebab sesuatu tidak tertunaikan. Begitulha lumrah adat berziarah.
Berziarah bukan berziarah tanpa tujuan, tetapi sarat dengan tujuan dan jika nasib takdirNya, detik anda berziarah menjadi titik tolak kejayaan dalam hidup anda. Tidak menyahut cabaran berziarah maka akan hilang kesempatan dan banyak peluang yang Allah hamparkan. Justeru usah merungut jika ada takdir anda berziarah memaut atau tertumpang rezeki orang lain.
Ibubapa Berperanan Memudahkan Urusan Anak
Bila anak ada panggilan berziarah atau pergi jauh, maka ibubapa harus semeja dengan anak, membincangkan banyak perkara. Perancangan dari awal harus diatur, jika dapat tidak salah catat dibuku harian anda pada tarikh bila, di mana distinasi dan listkan dokumen yang amat penting.
Peranan ibubapa sangat penting, memberikan sokongan kepada niat dan kehendak anak yang dipanggil dengan rasmi berziarah dan bersemuka menghadap orang atasan. Anak memerlukan support, dalam banyak segi. Sokongan moral, semangat perangsang dan memberikan input berkaitan yang diperlukan selain diberikan kewangan dan kasih sayang.
Sepanjang bersama anak sebelum ke temuduga, ibubapa harus ceriakan suasana, menolak kestresan anak. Lupakan dahulu banyak cerita hal kehidupan lain. Berdoa dan mendoakan anak. Ibubapa datangkan rasa kehambaan kepadaNya, pinta yang baik mohon kabulkan segala kehendak anak, kerana anak adalah generasi penerus kelangsungan kehidupan generasi kita di Dunia ini.
Sangat besar atau sangat penting sokongan ibubapa kepada anak yang baru memulakan langkah mengesan kerjaya yang anak citakan. Ibubapa yang baik bertanggungjawab, tidak membiarkan anak keseorangan hingga patah semangat meneruskan legasi hidup. Tetapi alangkah bahagia ibubapa apabila terlihat anak dalam kondisi gembira dan bahagia bersama ibubapa dalam suasana berziarah di kota raya yang gah di negeri kita.
8 Ulasan
Salam Bang.. Fuh, setelah beberapa ketika tak dapat meluangkan waktu dalam dunia blogging atas masalah kesihatan.. kini DR akan kembali menceriakan blog Abang.
BalasPadamSemoga sihat selalu, Bang
ALHAMDULILLAH DUA DALAM SATU BERZIARAH DENGAN TUJUANNYA
BalasPadamSekali baca nama hotel seolah-olah saya pernah bermalam di sini. Kali kedua baca dan lihat gambar rupanya saya menginap di Gaya Hotel, buka Daya Hotel.
BalasPadamsaya bulan lepas ada ziarah ke kampung..
BalasPadamrasa nak ziarah lagi dalam bulan depan ini
Cikgu memang terbaik
BalasPadamAssalamualaikum cikgu.. lama sungguh tak ziarah ke sini..
BalasPadamSatu perkongsian yang bermanfaat buat yang mahu bermusafir terutama yang membawa keluarga... Apapun selamat menikmati liburan buat cikgu sekeluarga..
Semoga dipermudahkn urusan cikgu sekeluarga
BalasPadamalhamdulillah selesai urusannya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.