Teman Istimewa Minum Susu Getah

Teman Istimewa Minum Susu Getah



Salam Blogger Malaysia dan salam Keluarga Malaysia, walau di mana berada ketika ini. Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Hari Jumaat kebiasaan anak-anak menoreh getah pada awal pagi, sementara Etuza melaksanakan PdPR, Etuza cuba meninjau keselamatan anak-anak dan melawat persekitaran kebun getah wasiat ibubapa. 

Etuza agak terkejut melihat kucing peliharan yang di beri nama KELABU ASAP sedang duduk santai di atas batang pokok yang mulai reput Kelabu Asap sesekali melihat Etuza yang lalu di hadapannya. Rupanya menurut anak Etuza Kelabu Asap sering menemani nya apabila mereka gerak ke kebun getah. Kerjanya hanya duduk memerhati seperti keadaanya di atas batang kayu.

Menurut anak Etuza,Kelabu Asap pernah melakukan satu perbuatan mengerikan,apabila Kelabu Asap tiba-tiba meminum susu getah di dalam bekas tempat susu getah,membuat anak Etuza terkejut dan segera menghalang namun Kelabu Asap telah meminumnya. Perbuatan Kelabu Asap mengakibatkan Kelabu Asap tidak sihat dalam dua hari. Seluruh keluarga merasa risau.

Kini Kelabu Asap sihat dan jika ikut ke kebun getah Kelabu Asap tidak lagi melakukan perbuatan Minum susu getah,tetapi hanya duduk melihat dan memerhati anak-anak menoreh getah. Begitulah cerita anak Etuza tentang Teman Istimewa Minum Susu Getah di bekas susu getah baru-baru ini.

Kelabu Asap ni jantan usia mudah 
dalam lingkungan 9 bulan

Tali hitam di leher Kelabu Asap dah sebulan 
di leher nya..Agaknya suka kelabu asap
dipakaikan oleh anak Etuza

Nah inilah wajah sebenar Kelabu Asap
tengok ke handphone Etuza..

Masa ni dalam jam 10.40 minit ..
Kelabu Asap masih setia menunggu 
anak-anak gerak balik ke rumah.

 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Hahahah..bergetah la c Kelabu Asap ni😅

    BalasPadam
  2. kalau anak manusia 9 bulan usia yg semua benda dia nak explore..kelabu asap pun sedang explore samada susu getah sedap atau tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..tu lah..masa tu baru k asap kenal susu getah

      Padam
  3. Kelabu Asap dah serik agaknya minum susu getah tu. pengajaran utk dia hehe. dan bagus betul dia temankan anak-anak ke kebun. ibarat harimau mini sebagai pelindung :D

    BalasPadam
  4. wah..kebal kelabu asap. kalau dalam komik, terminum susu getah dah boleh dapat super power. hehe

    BalasPadam
  5. tak bahaya ke minum susu getah tuan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.