Tiada Lagi Lambai Tanganmu

Tiada Lagi Lambai Tanganmu

Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Tiada lagi lambai tanganmu mengiringi ku pergi seketika setelah melihat istanamu. Beberapa kali aku menoleh sebagai isyarat dan bukti bahawa aku masih ingin mencari sesuatu dalam istana lindamu yang sangat tersergam indah itu. Sayang aku datang pada lewat pagi dan petang kemarin aku hampa kerana istanamu tertutup rapat tanpa kasihan dan tidak menyambut salam ku. Aku sangat sedih dan hampa keadaan diriku kesepian.

Beginikah keadaannyya apabila kau menghilang tanpa menghiraukan siapa pun lagi.  Dan  hari ini aku datang lagi, seminggu kemudian, enam bulan kemudian hingga akhirnya setahun dua tahun dan bertahun engkau tinggalkan tanpa pesan tanpa pamitan. Sungguh terasa diri kesendirianan tanpa mu lagi.

Tahukah engkau aku tak pernah merasa nikmat bersua dengan mu sedekat ini, sehampir ini. Tetapi dengan takdirNya kita bersua, kita bertegur sapa dan bersulam bicara melafazkan semangat ukuhuwa fillah. Sungguh hebat jalinan ini, realiti yang aku harus akur bahawa ini bukan mustahil, tetapi realiti kehidupan antara kita. 

Di mana kah kau berada kini, hingga hadirku tidak kau hirau lagi, aku terduduk dan akhirnya aku pasrah bahawa memang benar kehadiranku ini sangat tidak diundang kini. Kemudian aku bermuhasabah diri, siapa aku untuk memaksamu menerima kehadiran ku, siapa aku untuk terus membawa mu bersama dalam layar hidup yang aku lalui, dan siapa aku untuk mengeheret mu ke dunia ini, dunia yang penuh dengan keindahan warna hidup, tetapi juga penuh dengan tipu daya dan hasutan duniawi semata. 

Amanlah engkau wahai temanku, damailah dikau dengan pilihanmu, aku redha, aku pasrah dan aku akui bahawa aku juga melakukan seperti mu. Aku juga insan lemah dan tidak sempurna hingga aku pernah juga dan berkali mengecewakan teman ku yang sangat ramai. 

Bagaimana aku melakukan keadaan kau balik ke rumah mu tanpa ku buka pintu istanaku. Ya aku pernah sehari, berhari-hari, seminggu, berminggu-minggu, cecah sebulan kemudian akhirnya yang PALING DAHSYAT ............HERET KE JURANG..... ......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

................................................................................

................................................................................

SETAHUN AKU TIDAK ADA SEPATAHPUN PENGISIAN INFORMASI DI BLOG PERSONAL AKU. 

Tiada lagi lambai tanganmu bermaksud terdapat bloglist yang kini tidak aktif dan tidak seligat dulu diawal pertemuan. 

Ya Allah maaf ya anda beremosi....Maksudnya ada blog dan blog Etuza sendiri yang kita minat nak baca infor di blog mereka terlihat hingga bertahun tidak update maka BLOGLIST tersebut perlu digantikan dengan LINK blog lain yang lebih AKTIF dan berwajah ISTANA BARU ( TAMPLATE BARU). Salam ingatan, salam sayang dari BLOGGER ETUZA.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. catatan menarik teruslah berkarya sambil blogging

    BalasPadam
  2. Teruskan menulis! Welcome back to blogsphere!

    BalasPadam
  3. Rasanya ada juga ke yang sedih ..baca ni..sedihkan ada blog lama tak klik blog dia..sibuk agaknya

    BalasPadam
  4. Datang baca ya dari mula tau..
    https://madey09.blogspot.com/2021/09/tiada-lagi-lambai-tanganmu.html

    BalasPadam
  5. Ramai kawan2 blogger yg dh lenyap dari radar..

    BalasPadam
  6. Sedihnya tajuk..teruskan menulis ya

    BalasPadam
  7. Rindu bloggers yang tanpa berita..

    BalasPadam
  8. Blogger datang dan pergi
    Tahniah yang mampu bertahan

    BalasPadam
  9. Diawalnya ammi mcm ehhhh siapa yg etuza maksudkan. Nampak sangat ammi ni tka brapa nak bersastera

    BalasPadam
  10. Suspen je Cikgu..

    Ada ni cuma tak sempat nak update

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.