Kesian Tengok Hidupan Ini.

Kesian Tengok Hidupan Ini.

Kesian Tengok Hidupan Ini.
Asalamualaikum Semua.

Kadangkala tengok kucing yang kami jaga dan pelihara, terasa sangat kasihan pada kucing-kucing kami. Tidak tahu lagi apa  cara nak bagi sihat, gebu dan cantikkan bulu kucing  yang ada. Berfikir hendak bagi makan apa dan ubat apa atau vitamin apa lagi nak bagi.

Paling terasa sedih ada kucing betina, beranak lima atau empat ekor, bila umur  empat bulan lebih, semuanya mati. Kasihan pada ibu kucing yang kerap beranak tetapi anak semua mati. Tidak pernah ada yang hidup semua. Ada juga ibu kucing beranak tapi tak pandai jaga anaknya sendiri. ya Allah..inilah paling kasihan anak-anak dia, tumpang susu ibu kucing lain. Ada berlaku pada kucing kami kat sini keadaan ini. 

Mungkin ada tips bagi mereka yang suka pelihara kucing. manalah tahu kami dapat manfaatkan. Salam blogger seMalaysia. Gambar ini lah kucing kami yang antaranya masih hidup bertahan hingga kini.


Phat ( Kucing Jantan )

Sibulat duduk tunggu tuan siap menoreh getah..Sabar menunggu

Kelabu Asap ( Kucing Betina )


Ahsu ( Kucing Betina)

Sibulat ( Kucing Jantan ) Suka ikut ke kebun getah

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

Kesian tengok ..

rasanya encik boleh bawa kucing ke kedai haiwan untuk tahu apa makanan tambahan buat mereka, untuk kucing betina yang selalu beranak mungkin boleh dimandulkan supaya tak beranak lagi... kadang bila mereka terlalu kerap beranak... anak tak terjaga itu yang kesian...
tapi rasanya baik en Etuza tanya pada doktor di klinik haiwan.

Semuanya kucing tu bersih je bulunya saya tengok

Tidak pandai piara kucing

Cuba cikgu pergi ke kedai pets..kt sana selain makanan ada bermcm vitamin utk kucing

alamak brother saya paling takut adalah kucing. serem sangat pada saya. hehehehe..

Saya tak berapa mahir pasal jaga kucing.
Harap ada yang bagi tips.

rumah kita ramai kucing jiran menumpang makan..xbgkan kita plk berdosa..huhu

kalau saya,setiap 3 bulan mesti bawa jumpa
Dr,
amik ubat cacing
kucing ni kerap ada cacing

inshaAllah terima kasih tips ya

Kucing wak pun ramai
Hanya siang aje lepaskan
sebelum maghrib dah masuk kandang.

Kesiannya... saya pelihara kucing tapi nda pandai sangat juga bab penjagaan kucing ni.
~BTW suda follow blog Etuza... hope we can be friends

Kat rumah ni kucing gelandangan la yang selalu jadi begitu. Beranak sepanjang tahun tapi yang hidup sekor saja.

Jika ikut saya masih junior di dalam memelihara kucing, rasanya tak salah berkongsi pengalaman...

saya ada kucing indoor sebanyak 12 ekor

i) Ibu bersama 6 ekor anak
ii) 3 ekor lagi adalah anak stray cat beranak kat rumah, kiv ibunya dah mati sebab semasa beranak anak, dia kurang sihat
iii) 2 ekor lagi (bongsu) saya baru adopt 3 bulan jauh di kotaraya, baru lengkapkan vaksin

1) Kesemua kucing saya dah dapatkan vaksin yang lengkap (Dos 1, 2 & 3 serta vaksin booster - jika cukup setahun dari vaksin dose 3), biasanya kucing2 yang bebas diluar dan tanpa diberi vaksin mudah kena serangan penyakit seperti virus parvo (jika seekor terkena, yang lain2 akan kena dan kemungkinan akan mati beramai2, virus parvo boleh hidup dipersekitaran di dalam tempoh setahun, semua peralatan kucing perlu dibersihkan menggunakan sabun pencuci di campur klorok)

2) Setiap bulan, saya beli ubat kutu jenis advotage, agak mahal tapi paling berkesan (titiskan atas leher kucing)

3) Ubat Cacing (bawah 6 bulan, setiap bulan, lebih 6 bulan setiap 3 bulan, ikut berat badan, stok saya beli di klinik haiwan)

4) Makanan jenis Royal Canin (Pelbagai Perisa) dan wet food dari dada ayam tanya lemak dan ikan, rebus tanpa sebarang bahan perasa), pastikan bekalan air bersih dan mencukupi

5) Kesemua kucing saya indoor, 100% berada di dalam rumah dan tidak pernah keluar kecuali semasa bawa ke Vet

6) 9 ekor sudahpun dimandulkan, 3 ekor lagi akan menyusul selepas PKP, insya Allah.. (bila dimandulkan, kucing lebih tenang, hanya makan minum tidur sahaja, secara tidak langsung ia akan menambah berat badan, tak perlu diberi vitamin bagai dan tidak lagi mmemancut kencing merata2)

7) Kucing2 di rumah telah di ajar berak kencing di dalam pasir yang disediakan.

Cadangan saya, Cikgu buatlah rumah khas untuk kucing di laman rumah sebab halaman luas, kami kena share rumah dengan kucing sebab hanya berada di rumah teres dan tiada halaman )

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger