Jaga Hubungan Dengan Allah & Jaga Solat, Pasti Allah Sayang.

 Jaga Hubungan Dengan Allah & Jaga Solat, Pasti Allah Sayang.
Asaalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

"Aku pasti, Allah melihat, mendengar, memerhatikan aku dan keluargaku, anak-anak ku. Allah itu maha hebat, maha luar biasa, maha besar dan amat mengetahui segala sesuatu".
"Ingat satu perkara, apabila kita sendiri bertindak lupa pada Allah, lupa hubungan dengan Allah, maka sesungguhnya Allah telah lebih dahulu telah lupakan kita, sebab itulah tiap apa tindakan kita tidak lagi di lihat oleh Allah. Justru kita hanya menurut kata hati sesuka hati dan berlakulah kita dipengaruhi oleh kejahatan yang merosakkan diri kita"

"Ya Allah, kuatkan hatiku, tabahkan aku, berilah aku kesabaran, beri aku perasaan sentiasa positif, agar aku sentiasa dalam dakapan ingatanMu ya Allah. Ya Allah apabila aku diuji dan apabila anak-anak aku diuji, berilah kami semua kekuatan untuk terus mengharap perlindunganMu,kasih sayangMu dan cintaMu. Hindarkan kami dari semua perasaan tidak yakin padaMu ya Allah. Sebaliknya beri kami kepercayaan dan keyakinan sebenar-benarnya bahawa Engkaulah Allah yang maha mengetahui segala sesuatu yang akan terjadi dan sebelum terjadi sesuatu perkara"



"Kepada semua anak-anak ku baik yang lelaki atau yang perempuan, mohon jagalah hubungan kamu dengan Allah, jaga solat lima waktu yang diwajibkan.Jagalah tuturkata agar tidak terpengaruh mengumpat keji sesama  manusia. Hindari dari dipengaruhi dari perkara yang merugikan.Jagalah hubungan dengan Allah wahai anak-anak ku, kerana dengan menjaga hubungan dengan Allah akan menghamparkan banyak kebahagian dalam kehidupan di Dunia dan di Akhirat"


"Setiap saat, kami berserah padaMu ya Allah, pelihara kami ya Allah jadikan kami hambaMu yang dahagakan kasih sayang dan rahmatMu"
"Ya Allah berlah kasih sayangMu, cintaMu kepada anak-anakku, jadikan anak-anak perempuan ku tahu menerima dan menolak segala sesuatu yang mempengaruhi diri dari terjebak dari masalah yang menyakitkan diri ibubapa.  jadikan hati anak-anakku bermotivasi, gembira dengan takdir kehidupan mereka, jauhi mereka dari insan yang mempengaruhi mereka ke arah amalan yang merugikan masa depan, diri dan memalukan keluarga  khasnya ibubapa. Setiap hari jadikan anak-anak ku ceria dan berfikiran positif. Fikir yang baik, beri yang baik bersangka baik pada ramai orang dan pasti perkara yang baik akan datang"

Melihat mereka tersenyum..terasa bahagia rasa di hati.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.