Burung Merpati Jinak Di Masjid Negeri Kota Kinabalu,Sabah

Burung Merpati Jinak Di Masjid Negeri Kota Kinabalu,Sabah
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Ketika ini, Etuza berada di Kuantan Pahang, inshaAllah akan gerak ke Genting Higland ( semoga Allah mudahkan urusan hari ini ) setelah solat subuh berjemaah di Masjid Arrayan Indera Mahkota 15, Etuza balik rumah sewa anak dan membuka blog lalu membaca blog kegemaran Etuza. Ternampak gambar menarik kiriman anak-anak pada 20 Dis 2019. Gambar ini menarik kerana masa itu Etuza dan keluarga singgah hendak solat Wajib Asar, Etuza dari awal lagi sudah membaca sekliogram makanan burung iaitu jagung hancur gred B. Anak-anak Etuza amat seronok melihat suasana burung sedang makan depan Etuza. Ha kerjanya hanya ambil gambar, curi-curi lah tu ambil gambar. hasilnya apa yang anda nampak.

Sebaik Etuza duduk dekat pokok kelapa rendang, burung-burung merpati berduyun-duyun datang memakan jagung hancur gred B yang Etuza taburkan di sekeliling pokok kelapa rendang di luar Masjid negeri Kota Kinabalu. Ya Allah seronok tengok burung tersebut. Etuza dapat sentuh dan pegang lagi. Inilah kehebatan kuasa Allah yakni manusia merasa amat gembira dan merasakan nikmat menyayangi haiwan seperti burung yang juga merupakan makhluk hidupan ciptaan Allah. Subahanallah, alhamdulillah, Allah hu akbar. Segalanya Allah yang memberi nikmat dan pujian hanyalah padaNya.
Jom tengok burung merpati

Mama pun seronok menyentuh sayap burung merpati


Seronoknya Etuza memberi makan burung-burung merapati yang jinak belaka.

Tengok tu..berkerumun dekat sekeliling pokok kelapa rendang 
di luar Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah

Tumpang rehat selepas solat asar di laman Masjid 
Negeri Kota Kinabalu, Sabah

Redup saja dekat rekreasi ini..alhamdulillah semua ini nikmat
yang Allah berikan..syukran ya Allah.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.