Memburu BUnga Keladi
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
12 Jan 2019, Sabtu di daerah Etuza amat cerah terang benderang cahaya awal pagi. Pasti tak lama lagi cuaca akan terik apabila cerah seperti ini, namun ingat langit tak semestinya selalu cerah, tiba-tiba akan mendung berlaku.
Updated kan blog lagi dan lagi. Kali ini dengan paparan beberapa jenis bunga keladi yang kian memupus, memupus di laman Etuza. memang banyak jenis bunga keladi Etuza dan mama pelihara, tetapi apabila terabai tanpa kasih sayang mulai lah semua Bunga Keladi merajuk dan menggugurkan dedaunya. Sedih sekali apabila melihat tidak ada lagi keladi rimbun seperti dulu. Oleh itu Etuza khaskan seharian memburu bunga keladi di laman. Hasilnya adalah seperti dalam gambar ini, beberapa bunga keladi yang uniknya dari segi corak daun mulai keluar dan tumbuh semula. Begitu mudah menanamnya dengan anak pokok bunga keladi. Jemput tengok hasil buruan Etuza terhadap bunga keladi di laman. InshaAllah dan kembang bugar Etuza update kan gambar si bunga keladi dalam blog ini.
Selamat berhujung minggu. Lakukan apa yang ada rasa memberi kan rasa bahagia.InshaAllah.
Agak banyak pasu-pasu kecil Etuza tanam semula si Bunga Keladi.
Bunga keladi yang satu-satunya tak pupus di laman.Bunga Keladi jenis merah
hijau tu tetap bergaya di laman Etuza
Ini bunga keladi daun berkilat seperti ada lilin pada daun tu.
Daun tirus dan bukan bentuk love
Bunga Keladi paling laris di pasaran daun batik bintik corak merah dan hijau..unik tu.
Ada lah Etuza terjual serendah RM10.00 satu pasu kecil jenis keladi ini.
Kadang-kadang rasa nak memburu keladi lain di pasaran..inshaAllah akan
tambah lagi koleksi bunga keladi..
Unik..ini Etuza namakan Bunga Keladi Hadimin kerana Etuza
ambil benih dengan izin di laman En. Hadimin namanya..
Daun lebar besarnya daun keladi ni...
14 Ulasan
Dulu bunga keladi kurang dipandang Cikgu.Sekarang sudah mendapat perhatian dan agak mahal juga harga semaiannya.
BalasPadamRajin betul Cikgu Etuza menanam. Macam-macam jenis bunga keladi yang ada nampaknya.
BalasPadammak mertua saya ni, kalau nampak bab bunga2 ni memang dia suka ...
BalasPadamhusband saya pun suka tanam tanam, tapi bukan tanam bunga, dia tanam pokok sayurn buah... kalau saya, langsung tidak berseni bab tanam menanam ni...
BUNGA KELADI MMG CANTIK N MUDAH HIDUP KALAU DITANAM
BalasPadamTerima kasih yang datang komen ya. Tak boring jika ada hobi menanam ni
BalasPadamtak sangka ada banyak gila jenis bunga keladi ni ya...
BalasPadamCantiknya bunga keladi. Tak sangka cikgu etuza pandai tanam bunga
BalasPadamMudah2an tanaman keladi hiasan akan ceria kembali di laman Etuza.
BalasPadamCantik keladi cikhu saya keladi dalam baruh je ada yang dalam pasu tak ada hehe
BalasPadamSekarang kat fb grup bunga sedang trending pokok keladi ni.
BalasPadamCantik. .
BalasPadamKebun2 bunga depan rumah suami dah beesihkan, katanya nak simen penuh, boleh dijadikan tempat bersantai Alya sambil study, sesekali boleh lepaskan anak2 bulus kami seketika di situ untuk tengok dunia luar, kesian dia terkurung di dalam rumah 24jam
cantik2.
BalasPadamberkenan aida melihatnya.
memang tahu dah bunga keladi ni byk jenis.
menarik ciptaan Allah.
assalamualaikum tuan.
BalasPadamboleh ke kita bertukar-tukar spesies keladi hiasan?
kalau sudi whatsapp saya di nombor 014 2345 100
assalamualaikum tuan.
BalasPadamboleh ke kita bertukar-tukar spesies keladi hiasan?
kalau sudi whatsapp saya di nombor 014 2345 100
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.