Pantai Dalit Sabandar, Tuaran, Sabah

Pantai Dalit Sabandar, Tuaran, Sabah
 بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bertemu kita di laman Etuza lagi petang ini. Apa khabar harap hujung minggu anda adalah yang menggembirakan dan anda bahagia dengan apa yang ada dinikmati. Usah bersedih kerana hanya merosakkan kedamaian jiwa.

Hari ini masih lagi percutian indah kami sekeluarga di Kota Kinabalu, Sabah. Kali ini kami ke Pantai Dalit Sabandar, Tuaran Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimana agaknya ya, keadaan Pantai Dalit ini, yang Etuza dengar ada di Tuaran. Wow!! tiba di sana memang ramai orang sepanjang Pantai Dalit ini. Dan kebetulan ada acara sukaneka seperti main bolling kelapa. Semua peserta siap dengan pakaian biru laut, seronoknya mereka.

Kami hanya sekadar hendak menikmati keindahan Pantai Dalit ini, melihat ombak yang seolah-olah bergerak ke arah Etuza, menghempas dan menyapu pasiran pantai. Pasiran pantai kembali dalam keadaan bersih dan basah mempersonakan. Indahnya dan hebatnya kuasa Allah perlihatkan zatNya melalui gerakan gelombang ombak yang membadai pantai dengan lembutnya. Air laut agak kabut, tetapi kanak-kanak di tepian pantai ini tidak bergerak naik ke atas apabila ombak menghempas pantai. Seronok mereka sesekali tenggelam oleh ombak laut. Subahanallah..indahnya..terima kasih Ya Allah beri kami kesempatan melihat alam lautan ini.

Sebelum ke Pantai Dalit akan kita jumpa mercu tanda ini.
Ada lambang  kuda, sebab ada padang untuk kuda sebelum Pantai Dalit ini.

Unik pula kelihatan kuda ini..Etuza suka melihatnya, lalu ambil gambar

Wah..saujana lautan di Pantai Dalit Sabandar, Tuaran, Sabah..
Tak puas berada di sini ..kerana anak nak balik ke UMS..

Abadikan kenangan kami, bukti kami ke Pantai Dalit Sabandar di Tuaran

Candid..menarik juga kelihatannya..tengok ombak bagaikan nak datang
meluru ke tepian pantai yang memutih...

Tengok yang berbaju biru laut,ramai kan..mereka ada acara sukaneka 
di Pantai Dalit Sabandar ini..
Ha ambil kenangan lagi..duduk pada tunggul kayu..

Sila baca pesan untuk semua..semoga ada manfaat kepada ramai pembaca..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. mercu tanda jee dah mcm ada di luar negara. hehee. belum pernah lagi ke sana. doakan rezeki saya pulaa yee

    BalasPadam
  2. InshaAllah semoga dimurahkan rezeki dapat ke tempat ni ya

    BalasPadam
  3. Wah, teringin nak ke Pantai Dalit...

    BalasPadam
  4. Menarik, nyaman dan meriah.. mmg seronok dpt bersama2 sekeluarga di tempat spt ini.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..seronok tengok cikgu meluangkan masa bersama keluarga,menikmati indah alam ciptaan Yang Esa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.