Labu Kuning Masak Lemak
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Rupa masakan mama- Labu Kuning Masak Lemak katanya.
Resipinya ialah:-
Bahan - Bahannya
* Labu kuning di potong ikut suka anda
* Ikan bilis kopek
* Sayur daun ( sayur bunga )
* Serbuk santan
* Serbuk kari sayuran
* 2 biji bawang merah
* 1 Biji bawang putih
* Sedikit minyak
Cara-Caraya :-
1. Pastiakan semua bahan di atas ada di dapur masak anda.
2. Sudah sedia semua bahan, masukkan satu persatu bahan ke dalam kuali masak anda.
3. Gaul2kan dan terakhir sekali masukkan kari sayuran.
4. Sudah betul-betul masak aroma kari dah wangi ..angkat dan masukkan ke dalam bekas.
5. Hidangkan - saiz hidangan untuk 6 orang sahaja.
Selamat mencuba masakan mudah dari laman Etuza.
12 Ulasan
Assalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi ini. Insya-Allah boleh cuba nanti. Di tempat saya labu kuning ni dipanggil labu peringgi. Ada sedikit perbezaan masak lemak labu kuning ni dengan tempat saya, iaitu tidak menggunakan serbuk kari serta dimasukkan lada hitam. Ada juga yang memasukkan asam keping dan serai...
kalau kat utara ni dipanggil masak kari kalau rupa macam tu
BalasPadamMasak lemak memang kegemaran tapi tak pernah cuba dengan labu. Anyway saya dah lama follow sini yer.. harap telah menjawab soalan tuan.. >_<
BalasPadamWahh bestnya cikgu Etuza.. mmg sedap buat makan tengah hari ni. Menyelerakan :)
BalasPadamLabu masak lemak memang feveret saya.
BalasPadamTapi kenapa nampak merah, macam masak kari je....?
wahhhh nampak menggoda color nya... mesti sedap nih
BalasPadamdana biasa labu kuning ni msk lemak putih ngn tumis pds... kene try jgk menu gini
Resepi cikgu @ mama ni?
BalasPadamBlogger Insan Maheran, ada santan di masukkan, sebab tu mama kat si bagi nama Labu Kuning Masak Lemak, tak tau lah napa merah. Yang pastinya mama sini guna kari sayuran, bukan kari khas ayam daging atau ikan. Kari sayuran ya
BalasPadamUmi Aliya..memang mama yang masak..saya kena sound ja datang makan..ha ambil gambar, sambil makan Etuza tanya lah napa sedap sangat ni ..apa resepi..ha tu lah dia dapat resipi..apa dia cakap sebiji macam dalam resipi. Labu kuning masak lemak katanya. terfikir ada kari bagi lah labu kuning masak kari..
BalasPadamMcm sedap tengok gambar labu tu, tapi tak berapa gemar sgt makan labu. Hehe
BalasPadamoo guna serbuk kari yg khas utk sayuran ya..tak jumpa pulak kat sini serbuk kari tu
BalasPadamOwhhh ingatkan cikgu yang masak sebab sekarang ni ramai kaum adam ambil alih bahagian dapo.
BalasPadamMenantu saya (suami kpd anak sedara) asal dr Sarawak tapi bak masak, tip top.. Ala2 chef gitu..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.