Labu Kuning Masak Lemak

Labu Kuning Masak Lemak
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Rupa masakan mama- Labu Kuning Masak Lemak katanya.

Resipinya ialah:-
Bahan - Bahannya
* Labu kuning di potong ikut suka anda
* Ikan bilis kopek
* Sayur daun ( sayur bunga )
* Serbuk santan
* Serbuk kari sayuran
* 2 biji bawang merah
* 1 Biji bawang putih
* Sedikit minyak

Cara-Caraya :-
1. Pastiakan semua bahan di atas ada di dapur masak anda.
2. Sudah sedia semua bahan, masukkan satu persatu bahan ke dalam kuali masak anda.
3. Gaul2kan dan terakhir sekali masukkan kari sayuran.
4. Sudah betul-betul masak aroma kari dah wangi ..angkat dan masukkan ke dalam bekas.
5. Hidangkan - saiz hidangan untuk 6 orang sahaja.

Selamat mencuba masakan mudah dari laman Etuza.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atas perkongsian resepi ini. Insya-Allah boleh cuba nanti. Di tempat saya labu kuning ni dipanggil labu peringgi. Ada sedikit perbezaan masak lemak labu kuning ni dengan tempat saya, iaitu tidak menggunakan serbuk kari serta dimasukkan lada hitam. Ada juga yang memasukkan asam keping dan serai...

    BalasPadam
  2. kalau kat utara ni dipanggil masak kari kalau rupa macam tu

    BalasPadam
  3. Masak lemak memang kegemaran tapi tak pernah cuba dengan labu. Anyway saya dah lama follow sini yer.. harap telah menjawab soalan tuan.. >_<

    BalasPadam
  4. Wahh bestnya cikgu Etuza.. mmg sedap buat makan tengah hari ni. Menyelerakan :)

    BalasPadam
  5. Labu masak lemak memang feveret saya.

    Tapi kenapa nampak merah, macam masak kari je....?

    BalasPadam
  6. wahhhh nampak menggoda color nya... mesti sedap nih

    dana biasa labu kuning ni msk lemak putih ngn tumis pds... kene try jgk menu gini

    BalasPadam
  7. Blogger Insan Maheran, ada santan di masukkan, sebab tu mama kat si bagi nama Labu Kuning Masak Lemak, tak tau lah napa merah. Yang pastinya mama sini guna kari sayuran, bukan kari khas ayam daging atau ikan. Kari sayuran ya

    BalasPadam
  8. Umi Aliya..memang mama yang masak..saya kena sound ja datang makan..ha ambil gambar, sambil makan Etuza tanya lah napa sedap sangat ni ..apa resepi..ha tu lah dia dapat resipi..apa dia cakap sebiji macam dalam resipi. Labu kuning masak lemak katanya. terfikir ada kari bagi lah labu kuning masak kari..

    BalasPadam
  9. Mcm sedap tengok gambar labu tu, tapi tak berapa gemar sgt makan labu. Hehe

    BalasPadam
  10. oo guna serbuk kari yg khas utk sayuran ya..tak jumpa pulak kat sini serbuk kari tu

    BalasPadam
  11. Owhhh ingatkan cikgu yang masak sebab sekarang ni ramai kaum adam ambil alih bahagian dapo.

    Menantu saya (suami kpd anak sedara) asal dr Sarawak tapi bak masak, tip top.. Ala2 chef gitu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.