Ikan Bilis Di Jalan Papar - Kimanis

 Ikan Bilis Di Jalan Papar - Kimanis
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di tepi jalan Papar - Kimanis ada deretan gerai menjual pelbagai jenis ikan bilis, dari ikan bilis halus hingga ikan bilis kasar. Ikan bilis manis dan ikan bilis kopek adalah kegemaran ramai orang, biarpun mahal tetap di beli. Duit dah kurang dalam dompet tetapi dapat juga membeli ikan bilis dalam kiraan 1 Kilogram bagi ikan bilis manis dalam harga Rm20.00 sekliogram. Tetap di beli oleh mama demi untuk memberi adik-adiknya yang lain di kampung.

Ketika mama sedang memilih mana satu ikan bilis nak di beli Etuza minta izin pemilik gerai untuk mengambil gambar ikan bilis pelbagai jenis. Ini lah hasilnya, walaupun tak berapa menarik tetap juga nak di letakkan di dalam blog. Ha lepas siap tengok berseri blog Etuza dengan paparan ikan bilis. Nak tak ikan bilis, sorry jauh tak tersampai tangan pula ni ya. Hanya kenyang melihat paparan gambar ikan bilis di papar Sabah. Ikan bilis memang sinonim di Papar, Kinarut, Sandakan , Lahad datu dan Tawau memang banyak jualan ikan bilis di sana. Selain Ikan Bilis ada juga udang dan ikan masin di jual. 








Inilah dia gerai-gerai kecil secara deretan tepi jalan di Papar - Kimanis menuju ke Keningau. Ramai yang singgah di sini nak beli ikan bilis. Laluan ini untuk masa ini sangat terkenal apabila masyarakat dari Kota Kinabalu balik ke Keningau, Pekan Kimanis, Kinarut, Mambakut, Menumbuk, Spitang, Tenom , Sook , Nabawan dan lain-lain daerah lagi.  Tidak sah jika tidak membeli ikan bilis, untuk di makan, sebagai buah tangan atau untuk di jual. 

Gerai kecil jualan ikan bilis Papar-Kimanis ke Keningau

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. HARGA BIIS DI SINI BERPATUTAN SEKALI

    BalasPadam
  2. ikan bilis sekarang pun boleh tahan harganya

    BalasPadam
  3. haah ikan bilis pon dah mahal sekarang tapi beli je untuk makan dengan bubur, nasi lemak,
    buat sambal ikan bilis pon sedap hehe

    BalasPadam
  4. saya suka..saya suka..:)
    kata org kat sana tak lah semahal kat semenanjung harganya ya cikgu..

    BalasPadam
  5. Wah, macam-macam jenis ikan bilis yang dijual. Yang suka makan ikan bilis memang rambang mata kalau ke sana.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.