Feb & April 2018 Blog Meletop!!

Feb & April 2018 Blog Meletop!! 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Tahun 2018 tinggal beberapa hari lagi, 2019 akan menjelang dalam beberapa hari lagi. Begitu cepat masa berlalu, bagaikan mimpi 12 bulan setahun dirasakan seketika sahaja, inilah keajaiban kitaran masa yang sungguh pantas berlalu.

Mengenang sejarah paparan catatan di blog ( entri) terasa ada dua bulan ENTRI pengisian di blog Etuza benar-benar meletop, sehinggakan tiada pembaca maya atau teman blogger yang klik blog Etuza. Kerana entri meletop dengan HANYA 1 CATATAN sahaja pada bulan Feb & April 2018. Terasa lucu dan malu lah Etuza kerana terlena seketika, terlajak berehat dari arena berblog. 

Kucing ini kami namakan BULAT. Sayang telah tiada 
hanya kenangan cuma.

Kemana agaknya semua idea dan ilmu Etuza, benar-benar tidak timbul dalam minda. Atau terlena di buai rasa malas yang mencengkam jiwa. Jadilah blog Etuza MELETOP  tampa sebarang entri untuk bacaan dan tatapan pembaca maya.

Kucing ini si Putih Susu, di namakan demikian kerana
bulunya seperti cairan susu tin. Gebu dan tebal. Kucing ini
masih ada di pelihara.

Inilah situasi blogger pinggiran, ada masa ketandusan idea, sehingga tiada sebarang kemasukan entri dalam blog selama berbulan-bulan. Selain itu akan ada masa di landa malas online, sebab itu tidak akan lahir motivasi untuk terus berblog. Sayang blog yang ramai pembaca tidak ada sebarang entri sehingga bertahun-tahun lamanya. Untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk terus berblog dengan aktif seorang itu haruslah :-

1. Rajin membaca, rajin online
2. Rajin blogwalking, membaca paparan blog digemari
3. Ada niat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pembaca maya
4. Rajin mengambil gambar dan mengulas tentang gambar tersebut.
5. Rajin mencatat nama tempat di lawati.
6. Pelbagaikan gener  penulisan di blog.
Selamat Membaca.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. saya pun lama menyepi cikgu bulan disember ni baru mula semula

    BalasPadam
  2. Sama lah cikgu, saya pun sering kering idea, bahan banyak nak disampaikan tp bila nak mula menulis, memcm alasan

    BalasPadam
  3. Betul tu kdg2 hilang entah ke mana idea nk menulis entri. Huhu

    BalasPadam
  4. Saya rasa ramai blogger mengalami keadaan yg sama..ketiadaan idea, malas,saya pun pernah berehat selama 3 bln..

    BalasPadam
  5. Mantap tipsnya... Itulah, masa untuk menghadap blog dah kurang.... huhu

    BalasPadam
  6. Thanks untuk tips sentiasa bermotivasi tu

    BalasPadam
  7. Kadang-kadang tak dapat elak untuk tinggalkan blog seketika kerana kekangan masa.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.