Tazkirah & Motivasi N0 13

Tazkirah & Motivasi  N0 13 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ini semua mengharap cerah dan ceria hingga ke petang ke malam hari dan pastinya mengharap keindahan hidup  pada hari-hari seterusnya. Namun kita semua tidak mampu menolak takdir, keadaan yang cerah ceria ada kalanya dipalit rasa suram dan penuh kesedihan apabila ada berita kurang baik kita diperdengarkan atau kita dikhabarkan. Begitulah yang berlaku di sekitar hari ini di daerah Etuza.

Seorang teman senaungan di Universiti Malaysia Sabah dahulu, dan rakan guru, rakan yang berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa telah kembali kerahamtullah pada hari ini akibat serangan sakit buah pinggang yang tidak dapat disembuhkan lagi. Kepada Allah kita pohonkan agar arwah Samin Bin Japin diampunkan dosa dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman di alam barzak. Semoga arwah tenang di alam baka. Darinya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali, Kita yang hidup semoga sentiasa dirahmati, diampunkan dosa dan dijauhi dari bala menimpa. Aamiin. 

Salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkannya.

3 Perkara ditinggalkan di Dunia..bacalah selagi ada kesempatan membaca.

Alhamdulillah, bersama isteri Etuza sempat menziarahi keluarga arwah hingga selamat dikebumikan di perkuburan orang-orang Islam di Kampung Menawo, Keningau, Sabah  hari ini. 

Semasa mendengar tazkirah selepas dikebumikan Etuza penuh khyusuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz yang mengetuai bacaan doa  sebelum meninggalkan perkuburan. Katanya ada tiga perkara selepas kita meninggalkan dunia nyata ini. Antaranya 

* Anak-anak yang solleh dan solleha yang selalu mendoakan ibubapa yang telah meninggal dunia.* Harta nya yang di manfaatkan ke arah kebaikan.* Ilmunya yang diajarkan kepada orang lain lalu di manfaatkan.

Marilah kita yang masih hidup mengambil iktibar atas segala musibah yang berlaku terhadap kehidupan kita. Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yg beriman & beramal soleh..

    kematian itu ujian kpd mereka yg tinggal..semoga keluarga tabah..

    BalasPadam
  2. Salam Takziah.
    Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...aamiin

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 beriman.. aamiin. Al Fatihah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.