Suasana Sibuk Di Lapangan Terbang - Berhati-Hati

Suasana Sibuk Di Lapangan Terbang - Berhati-Hati

Suasana Sibuk Di Lapangan Terbang - Berhati-Hati 
Asalamualaikum & Salam Ceria Selalu.

Alhamdulillah bertemu lagi diruangan catatan blog Etuza ini. Paparan kali ini adalah beberapa situasi di dalam Lapangan Terbang. Antara gambar yang Etuza kongsikan ialah ketika berada di Lapangan Terbang Kansai  Osaka Jepun, di Lapangan Terbang KLIA, di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, di Lapangan Terbang Kuching Sarawak, di Lapangan Terbang Kuantan Pahang.

Antara situasi yang Etuza lihat ialah kesibukan yang amat sangat, sibuk lalu lalang manusia ke sana sini untuk mengejar masa flight, mereka berselisih di jalan, di lift, di eskolatar dan di kedai-kedai jualan serta berada di restoran atau pun di tempat shoping di lapangan terbang.Suasana amat bising hingga memerlukan kita urus diri dan bertenang dengan usaha sendiri agar boleh berkomunikasi dengan jelas kepada seseorang. Suara pramugari dan pramugara tiap masa berkumandang dengan kuat untuk mengingatkan para penumpang tidak terlepas masa flight yang sebenarnya. Jika terlepas flight alamat gigit jari dan kena bayar balik tiket kapal terbang. Hal ini bukan mustahil tetapi benar-benar berlaku. Hai macam ada pengalaman saja kan.

Di Lapangan Terbang Kuantan Pahang.

 Sebagai penumpang kapal terbang. kita kena pastikan sejak dari rumah kita dalam keadaan sihat, cergas dan bermotivasi, yakin dan sentiasa mengingatkan diri agar tidak cuai. Berdoa pada Allah agar sentiasa diberi keselamatan kelancara urusan sama ada jauh atau dekat tempat dituju.

Kesibukan lain di Lapangan Terbang ialah ramainya manusia yang mengusung bagasi mereka, berlari dan ada juga yang tenang. Mesin penghawa dingin, bunyi starting Kapal Terbang berlepas keudara. Wow!!! sibuknya di Lapangan Terbang. Selain itu makanan alamak mahal dari biasa kita jumpa. Apapun apabila perut dah kosong dan pedih badan bergegar kena juga membeli kerana tiada jalan pilihan anda.

Di mana keadaan yang tenang di Lapangan Terbang, ha ketika di ruangan menunggu dan di dalam kapal terbang. Kita boleh lah restkan minda, berzikir dan berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar kita selamat sampai bersama penumpang lain di distinasi percutian anda. Bab berdoa itu, kita harus doakan semua individu dalam kapal terbang, inshaAllah akan selamat dengan izin Allah yang maha mengemudi yang maha berkuasa. Salam sayang dari Etuza.

Di Lapangan Terbang Kuantan Pahang

 Di Lapangan Terbang KLIA 

Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah

Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Suasana Lapangan Terbang di Kuala Terengganu

Di Lapangan Terbang Kuching Sarawak

Di dalam Flight menuju Ke Kuala Lumpur. Inilah sajian makanan yang
 lazat juga lah ya

Di Lapangan Terbang KLIA 


Di Lapangan terbang Kansai  Jepun

Ketika di dalam kapal terbang balik dari Osaka, Jepun

Di Lapangan Terbang KLIA

Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Berada di dalam kapal terbang menuju ke Sabah dan mendarat 
di KKIA Sabah

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

Selamat berhujung minggu

Kesibukan lapangan terbang yang kekadang membuatkan kita rasa takut. Dulu first time pergi KL sesorang... Masa klia 2 baru bukak pulak tu... Hehe... Seawal 4 jam sebelum flight Fiza dah ada di airport. Haha.. Takut terlepas flight punya pasal. Gigih pulak tu google keadaan klia 2. Pengalaman sungguh.

Pernah duk klia2 setengah mlm. Flight dr HCMC 1am so since nx flight 10am, duk airport je lah. Mmg sibok. By 4am dh bising dgn mesin sapu lantai semua, org pun dh bduyun2 dtg. Langsung tak boleh pejam mata, pagi je trus pekena kopi 2 gelas! 😊

Gayanya sekarang ni cikgu berulang alik dari sabah ke semenanjung. . 😄

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger