Bunga Setawar Kekal Di Laman
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Nama Bunga : Bunga jenis setawar
Jika berniat hendak menanam bunga jenis daun setawar berdaun maron dan berjalur seperti dalam gambar, anda haruslah tahu serba sedikit asas penjagaan bunga ini agar tidak lupus di laman anda.
Tips penjagaan jenis Bunga Setawar ini antaranya ialah :-
1. Tanam di kawasan yang agak teduh, tidak terlalu terdedah pada kepanasan cahaya matahari.
2. Siram kala pagi dan petang atau paling kurang siram sekali sehari.
3. Letak dedaun yang masih hijau ke tepian pasu pada tanaman bunga setawar akan tumbuh anak-anak bunga setawar, justru itu kepupusan bunga ini tidak akan berlaku.
4. Jika hendak subur boleh letak baja subur dan baja bunga, kerana bunga setawar ini sebenarnya mengeluarkan bunga yang unik.
5. Ambil pucuk untuk kurangkan batang bunga tanam pada bayung agar sentiasa ada bunga setawar baru.
6. Guna tanah hitam yang gambut, pasti subur si bunga setawar anda.
7. Buang ranting daun setawar yang mulai tua dan kering.
Selamat mencuba. Bunga setawar tahan di laman dan kekal di laman anda hanya dengan usaha yang berterusan menjaganya, memeliharanya.
Bunga Setawar di laman Etuza
6 Ulasan
Cantik bunga setawar
BalasPadamcantik.. baru tau bunga ni nama apa.. hahaa. mak kat kampung ada tanam kat laman rumah..
BalasPadamOoo, nama pokok ni setawar yea. Baru tahu. hihi. Ingatkan pokok setawar yang daun keras tu. Masa kecik2 dulu daun tu buat letak dalam buku, nanti akar dia akan tumbuh...
BalasPadamdulu banyak jugak bunga ni kat laman
BalasPadamBanyak jenis rupanya.. Selalu jumpa yang warna merah/maroon tu je..
BalasPadamPokok yang senang dibiak
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.