Akhirnya Ini TakdirMu Ya Allah

Akhirnya Ini TakdirMu Ya Allah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Nampaknya kena cepat mencatat informasi terkini di laman Etuza, kerana jam kini sudah menujukkan jam 3.33 petang. Masa yang begitu cepat berlalu di hari Sabtu yang indah. Cuaca agak mendung di daerah Etuza.

Akhirnya inilah takdir mereka yang berusaha berjuang dan tabah selain sabar hadapai berbagai dugaan sebagai pelajar di luar negara. Ramai mereka merentas benua ke Negara Mesir untuk mendapatkan segulung Izajah dalam bidang yang diceburi. Jerih payah mereka akhirnya kini mereka kecapi dan sebagai ibubapa tiada lagi mampu diucapkan selain Sujud Syukur KehadratMu Ya Allah ya Rahman ya Rahim,

Gambar pada awal julai yang lalu 2018. Mereka ini menjawat Pegawai Kesihatan 
dan hadir taklimat di Jabatanj Kesihatan Negeri Sabah. Lapor diri untuk 
bertugas di hospital atau klinik yang mereka ditempatkan..

 Khabar dari anakanda tersayang semua kini telah di postingkan, alhamdulillah. Sempat Etuza beramah mesra pada semua kawan-kawan anakanda dari jauh dan dekat ketika di Teknokrat Cyberjaya pada awal April 2018. Nampaknya kini mereka telah bertugas dan memegang tugas sebagai DOKTOR yang bertauliah. Alhamdulillah anakanda tersayang telah ditempatkan di sebuah Hospital ( Klinik ) di Sabah tempat lahirnya negeri Sabah pada pertengahan bulan Jun 2018 detik anak dipostingkan.

Baiklah kepada tenaga kerja baru dalam bidang kesihatan ini, tak kira apa juga jawatan anda dan di bidang apa, bertugas lah dengan baik dan penuh tanggungjawab. Ingat anda diberi imbuhan maka itu harus rajin datang kerja dan ikhlas serta sabar hadapi apa juga masalah yang timbul jika ada. Etuza doakan semoga berbahagia dengan tugas yang baru disandang sebagai DOKTOR amiin. 

 Senyuman ceria apabila semua telah dipostingkan dan 
mendapat pekerjaan kontrak terlebih dahulu..

Kenangan Etuza bersama kawan-kawan anakanda ..mereka ni 
hebat semua bergelar DOKTOR.. Silap2 anda kenal 
antara mereka ini..siapa yang kenal angkat tangan lah ya..hehehe

 Mama pula bersama kawan-kawan anananda di Cyberjaya Teknokrat
April 2018
Kenangan di KLCC ..tak sah lah jika tak naik KLCC..
Peluang dah ada kena pergi walau sekejap cuma...Kabur lah pula

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Alhamdulillah tahniah untuk anak tuan & rakan-rakannya. Moga semuanya terus berjaya aamiin.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam.
    Alhamdulillah.
    Rezeki...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tahniah utk anda & keluarga

    BalasPadam
  4. Terima kasih Jamil,aynora dan puan hazel..moga anak2 anda juga berjaya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, tahniah buat cikgu Etuza sekeluarga. Walaupun tak pernah berjumpa, saya turut merasa gembira dgn berita ini. Semoga terus berjaya dan berbakti kpd masyarakat dan negara.. aamiin. :)

    BalasPadam
  6. Tahniah buat anakanda dan cikgu sekeluarga

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah, gembira tgk anak2 bjaya kan. Tahniah buat anak dan cikgu sekeluarga😁

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.