9th Borneo Young Performers Festival 2018

9th Borneo Young Performers Festival 2018
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Nur Syaiera Zahra atau nama ringkasnya Eza sahaja merupakan anak pertama adik Etuza yang ke 5. Suaminya orang Sook Keningau dan bertugas di Jabatan Penjara. Adik seorang guru agama di sekolah rendah di Daerah Sook.

Sejak kecil Eza di hantar belajar Muzik di satu pusat belajar Muzik di kawasan Taman Perumahan Ar Rahim, di sinilah Eza belajar muzik dengan kos berbayar setiap bulan. Kini Eza sudah menjangkau 9 tahun dan kami sekeluarga terkejut apabila Eza baru-baru ini Oktober 2018 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3 pertandingan bermain piona yang diadakan di Hotel  Sangri La Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah. Wow!! segera Etuza klik vedio Eza bermain muzik ( Piano) memang hebat dan tanpa sumbang atau terhenti. Syabas dan tahniah kepada Eza serta ibubapa Eza yang memberi sokongan kepada bidang yang anak gemari. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Eza untuk terus berjuang dalam bidang ini hingga menggapai segulung Ijazah Sarjana Muzik.

 Tropi kemenangan tempat ke 3
milik Nur Syaiera Zahra Sahlan.
barisan pemenang 1,2 dan Eza ke 3

Salah seorang guru pembimbing Eza memberi semangat
mengiringi Eza ke pusat pertandiungan

Live Eza bertudung hitam baju style jubah bercorak..

Best kata Eza

Itulah adik Etuza yang ke 5 bersama 3 anak tersayang nya.

Keluarga Eza datang memberi sokongan moral pada Eza.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.