Tahun Baru 2018
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Selamat tahun Baru 2018..Mekarkan Senyuman Bahagia 
di tahun baru ini..
Baca SINI juga
2018 bakal menjelang tiba, bermakna bertambah lagi perkiraan usia atau umur kita. Sebab dalam kandungan 12 bulan dalam tahun 2018 akan ada detik ulang tahun kelahiran kita semua. Dan Etuza terus terang ada debaran menunggu ketibaan 2018 ini. 

" Ya Allah kepadaMu kami panjatkan kesyukuran kerana memberi rahmat kepada kami semua menikmati 12 bulan kehidupan tahun 2017. Banyak perkara di tahun 2017 yang telah kami lalui, masing-masing atas izin Mu ke atas kami hamba-hambaMu di dunia ini. Kini 2018 di ambang pintu, hanya tinggal membuka pintu itu maka akan terpancarlah wajah hari pertama 2018. Ya Allah semoga tahun 2018 ini anak-anak kami semua diberi rezeki, diberi peluang pekerjaan dan mereka membina kerjaya mereka. Begitu juga kami para bloggers memohon kesihatan dan rezeki dariMu ya Allah, limpahkan rahmatMu kepada kami yang sentiasa menginagtiMu walau di mana berada" Aamiin ya robbal alamin.
Etuza dan anak tersayang. Happy New Year 2018

Pantun Warisan.

" Pisang emas dibawa belayar..
Masak sebiji di atas peti...
Hutang emas boleh ku bayar..
hutang budi kubawa mati..

" Kalau ada sumur di ladang..
Boleh kita menumpang mandi..
Kalau ada silap dan salah...
Jangan blogger atau pembaca simpan di dalam hati..

Selamat tinggal 2017 dan selamat datang tahun baru 2018.