Banjir Kilat Di Sungai Pampang, Keningau, Sabah

Banjir Kilat Di Sungai Pampang, Keningau, Sabah
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera

Keningau, 17 Disember 2017 bersamaan hari Ahad, masyarakat dikejutkan dengan kejadian tiba-tiba banjir di Sungai Pampang petang hari ini. Kejadian banjir kilat ini mengingatkan masyarakat Keningau pada tragedi Ribut Greg yang menyebabkan banjir lumpur paling besar berlaku di sungai yang sama iaitu Sungai Pampang.

Sungai pampang ini sebenarnya anak sungai sahaja, sungai kecil yang arusnya mengalir ke Sungai Pegalan. Sungai Pampang akan mengalir melalui tepi Kampung Limbawan, Keningau. Perkampungan di tepi Sungai Pampang dan Kampung Limbawan adalah dua buah kampung yang paling dekat dengan Sungai Pampang, akan terancam keselamatan harta benda dan nyawa apabila banjir mengejut seumpama ini berlaku.

Dalam kejadian banjir kilat ( mengejut ) ini berlaku, telah menyebabkan ada rumah jatuh apabila runtuhan tebing Sungai Pampang berlaku. Begitu juga jalan raya aspal sedikit telah runtuh dekat Kampung Limbawan, selain mengorbankan sebuah kereta hanyut oleh banjir Sungai Pampang. Sungai Pampang banjir pada petang ini nampaknya tidak ada petanda hendak banjir memandangkan tiada hujan lebat berlaku hari ini. Semua keadaan ini hanya Allah yang tahu. Semoga kita yang melihat mengambil iktibar bahawa langkah berhati-hati harus diambil apabila berumah dekat sungai.

Di bawah adalah informasi banjir Greg di Keningau tahun 1996.
Tragedi Ribut Greg yang berlaku pada tahun 1996 adalah salah satu sejarah ribut tropika terburuk di Malaysia. Ianya mula dikesan pada jam 2 petang, 24 Disember 1996 dan mula membadai Sabah pada 26 Disember 1996 dengan mengorbankan 238 nyawa, 102 orang dilaporkan hilang ketika itu. Ribut hanya lenyap pada 28 Disember 1996 di Laut Sulawesi.
Peristiwa mengejut Sungai Pampang, Keningau Banjir Kilat  
pada 17 Disember 2017. Tengok gambar lain..



Kereta baru hanyut banjir Sungai Pampang, Keningau, Sabah

Rumah di tebing Sungai Pampang jatuh..


Tebing jalan raya aspal menuju ke Kampung Limbawan juga sedikit runtuh
akibat banjir mengejut Sungai Pampang, Keningau.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Etuza dapat sumber gambar dari whatsupp group

    BalasPadam
  2. Allahuakbar.. mudah2an tiada kejadian buruk terjadi

    BalasPadam
  3. Hati2x semua. Sekarang banyak tempat sudah mula banjir kilat. Salam takziah untuk mangsa banjir. :(

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.