Anak-Anak jagalah Solatmu

Anak-Anak jagalah Solatmu
Asalamualaikum Semua..Apa Khabar ?

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak, pasti tersimpan dalam hati agar mengharap dan mengimpikan anak-anak yang dilahirkan itu beriman kepada Allah, taat kepada ibubapa dan istiqomah menjaga solat yang wajib ke atas hambaNya. Apa lagi apabila anak-anak kini semakin remaja dan ke arah lebih dewasa. Alangkah bahagia melihat anak berdikari dan bangun tanpa arahan menunaikan solat wajib sebaik azan selesai bergema.

Solar itu WAJIB kepada umat Islam, tidak kira siapa sahaja asal sudah memeluk agama Islam kena belajar tatacara solat WAJIB ini. Solat itu bagaikan kita berhadapan dengan Allah, bagaikan kita nampak Allah di hadapan kita atau disekeliling kita. Sebaik selesai solat kita berdoa sungguh-sungguh kepada Allah mohon yang baik mohon kita dihindarkan petaka bencana walau di mana berada ketika di siang dan malam hari.


Belajar solat sedari kecil, inshaAllah akan sentiasa menjaga solat.
Gambar - anak buah Etuza bernama Adam 

Hikmah Solat Wajib:-
1. Jiwa menjadi sangat tenang kerana kita sudah menemui Allah melihat zatNya di mana-mana.
2. Hilang perasaan takut kemurkaan Allah kerana kita tetap ingat Allah dalam kesibukan kehidupan seharian mencari rezeki dengan tidak dilalaikan.
3. Merasakan kita selamat atas perlindungan kasih sayang  Allah. Dia melihat kita kemudian memberi keselamatan kepada kita, hikmah tidak lalai dan tidak lupakan Allah.
4. Apabila rajin solat menjaga solat WAJIB, kita akan sentiasa muhasabah diri, melihat kelemehan sendiri.
5. Rajin solat WAJIB atau sunat kita terhindar dari sikap sombong dan angkuh, mengumpat keji orang dan sentiasa lahir perasaan rendah hati.
6. Merasa gembira dan bahagia dalam kehidupan, kerana kita dapat ucapkan kesyukuran pada Allah pada semua yang Allah rezeki kesihatan kepada kita.

Itulah antara susunan yang dapat Etuza rasakan dan kita alami sendiri apabila taat solat WAJIB. InshaAllah semoga 

Anak buah Etuza - Azzahara Shamley

Anak-anak yang disayangi, marilah bersama-sama jaga solat
wajib. InshaAllah hidup akan lebih tenang

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ahamdulillah terbit 1 entri hari ini..slow tul line sejak pagi hingga ke masa ini..berjuang meredah maya internet..tunggu line,aduhai mencabar ni ..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah moga anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah, aamiin...

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdullilah. Semoga kita semua menjadi penghuni syurga suatu hari nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.