Syukur Atas Kurnia Kepada Dato' Siti Nurhalizah ( Artis Kesayangan Ramai )

Syukur Atas Kurnia Kepada Dato' Siti Nurhalizah ( Artis Kesayangan Ramai )

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Gambar dari blog, Etuza klik khas di laman Etuza.
Terima kasih google kerana menyediakan berbagai laman 
untuk laluan informasi terkini.

07 hb Nov 2017, awal pagi Etuza ambil kesempatan membuat entri dalam blog ini, sambil-sambil menunggu anak isreri bersiap sedia ke tempat kerja. Rasa tidak dapat bersabar untuk muat naikkan entri hebat kali ini, kerana ada kaitan dengan PENYANYI KESAYANGAN RAMAI DAN PENYANYI YANG DI NOBAT KAN SEBAGAI PENYANYI NO 1 NEGARA MALAYSIA. Hebat sungguh bakat artis wanita cantik ini.

Rasanya semua teman blogger sudah tahu bahawa Etuza amat meminati penyanyi wanita ini sejak kemunculannya di arena seni. Suara dia memang satu anugerah hebat dari yang esa. Selain dia adalah artis yang paling berdisiplin tegas dan memegang batas tatusila sebagai artis wanita dengan tampilan gambar-gambar bersih tanpa berpegang tangan dengan lelaki lain selain suaminya Dato'K sahaja. Sememang nya itu perlu dipertahankan.

Baiklah sebenarnya Etuza dari Sabah blogger pinggiran ingin mengucapkan TAHNIAH DAN SYUKUR KE HADRAT ALLAH KERANA KINI DATUK SITI NURHALIZAH TARUDIN MENGANDUNG ANAK PERTAMA. Sudah 4 bulan sebagaiman yang dia wartakan kepada umum di kaca televisyen. Gambar-gambar dalam blog ini Etuza ambil dari blog kawan-kawan dan yang lainnya di kaca TV. Semoga kandungan Dato' CT dirahmati Allah di lindungi Allah dari sebarang masalah. Sesungguhnya kata Dato'CT kandungan ini yang 11 tahun ditunggu tanpa putus asa. Akhirnya kini yang ditunggu telah ada dan WAJIB di hargai diosyukuri dan sebab itu Dato' CT berehat seketika dari aktif menyanyi. Tahniah Dato'CT dan Datuk K.

Hambar Dato'CT & Datuk K. Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah
klik SINI dan SINI


Tahniah untuk Dato. Siti Nurhalizah Tarudin yang kedua kali kerana di beria Anugerah Kebesaran Sultan Pahang bersama beberapa artis lin. Baca kata-kata syukur artis ini atas kurnia ini. 

Petaling Jaya: Penyanyi popular negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri di di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.
Menerusi posting di Instagram miliknya, Siti Nurhaliza, 38, mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.
“Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini." Untuk lebih lanjut sila klik laman ini SINI.
Gambar ini Etuza klik dari kaca TV. Masa ini Dato. CT 
memberi pengumuman kehamilannya sudah ke 4 bulan.
Syukur ke hadrat Allah atas kurnia terhebat ini kepada penyanyi
kesayangan ramai yang selama ini menanti rezeki terindah ini.
Peminat Dato; CT termasuk keluarga Etuza merasakan kegembiraan itu.

Gambar ini mohon dibenarkan oleh sesorang blogger.
Lupa save url blog dia.
Cantik sekali Dato' CT, teringat pula Etuza masa isteri 
mengandungkan anak - anak kami. Rehat lah cukup lah Allah 
beri 7 cahaya mata hati kami. Alhamdulillah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.