Upgrade Restoran Second Cup Cafe  Di Keningau. 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Ruang oder pelbagai makanan atau juadah yang sedap2 di Second Cup Cafe
Restoran yang semakin terkenal selepas upgrade suasana dalaman.

Hari ini hendak memperkatakan perkara lain, asyik cerita di Kundasang, Ranau saja, kali ini Etuza buat kelainan iaitu mempromosikan sebuah restoran yang cantik dan menarik suasana dalam dan luarannya iaitu Restoran Second Cup Cafe, milik orang Melayu berasal dari Negeri Kelantan. Etuza dengar someone ( artis  terkenal ) saudara dengan pemilik Restoran Second Cup Cafe. Harap begitulah sebab pemilik berasal dari Kelantan.

Terpikat hendak ke sini apabila melihat banner promosi " Kini dibuka " selepas upgrade suasana dari segi prabot dan susun atur Restoran Second Cup Cafe di Keningau. Wah! sebaik masuk ruang dalam restoran ini terasa special dan amat bersyukur adanya Restoran Second Cup yang menarik untuk santai sambil menjamu selera kita di daerah kecil Keningau.

Dari segi menu, anda boleh lihat terdapat berbagai kuih muih yang disajikan. makanan lain juga siap di promosikan kepada pelanggan yang datang. Jika hendak mengadakan parti atau sambutan hari lahir dalam kalangan keluarga boleh rasanya datang tempah kek atau tempah tempat ini khasnya pada ruangan dalam Second Cup. Best tu.

Baiklah setakat itu sahaja dapat dikatakan tentang Restoran Second Cup Cafe yang menarik di Keningau ini. Familiy Etuza sudah selalu ke tempat ini. Tetapi selepas upgrade baru pertama kali pada  22 Okt 2017 Etuza masuk restoran ini. Kepada masyarakat Keningau, sudilah datang ke restoran ini. Begitu juga kepada pelawat atau pelancong dari pelbagai negeri di Malaysia. Andai datang ke Keningau inilah antara restoran yang sangat mudah di jumpai sebabnya berdepan dengan traminal atau parking Teksi  Keningau ke Kota Kinabalu. Selamat menjamu selera di Second Cup, Keningau.

Ini suasana di luar Restoran Second Cup..memang ramai pelanggan datang
membasahkan tekak. Makan kuih- muih  yang berbagai rasa dan aneka bentuk..

Kaunter pembayaran juadah atau menu yang kita oder..
Cubalah datang di Second Cup hari ini..pasti gembira dengan makanan lazat di sini..

Susunan menu di Second Cup..class juga restoran Orang Melayu ni..
Pemiliknya berasal dari Negeri Kelantan..
Kenyang setakat makan kuih atau bun di Second Cup sudah cukup puas hati
Makan soto ayam atau makanan goreng..pansti nak oder lagi..
Wah bahasa promot..

Apapun KLIK  SINI mungkin anda belum tahu..

Suasana dalaman Second Cup..prabot lawa..macam rumah lah pula..
Rugi tidak mampir ke Second Cup Restoran..
Entry Etuza tentang Second Cup di blog kesayangan..KLIK SINI