Hotel Zara's Di Jalan Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.

 Hotel Zara's Di Jalan Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.

Bergambar di Bandaraya Kota Kinabalu..

Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Jika anda hendak bercuti di tempat yang jauh pastikan anda terlebih dahulu membuat booking tempat tinggal seperti di hotel atau homestay yang ada biasa dan tahu lokasi tempat berteduh sekitar satu malam atau dua malam. Jika tidak bertindak menghubungi tempat tersebut pasti anda dan keluarga akan mengalami kehabisan tempat tinggal yang anda harapkan.

Baru-baru ini Etuza suami isteri datang melawat anak di Universiti Malaysia Sabah. Kami memilih Hotel Zara's di Sambulan Kota Kinabalu sebagai tempat berteduh. Harga RM 165 satu malam memang sesuai dengan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan di Hotel Zara's ini. Alhamdulilah tanpa banyak soal kami terus ke tempat ini bersama anak ke tiga.

Tengok suasana dekat ruang Zara Hotel ini, memang ceria dan menarik.

Bilik yang kami dapat memiliki kelengkapan termasuk ruang bilik air yang lengkap dan bersih.Biasalah jika menginap di hotel yang mewah pasti dilengkapi keperluan yang sepatutnya dan berbaloi dengan harga yang diminta. Cuba lihat gambar dan suasana di Hotel Zara's. Menarik sekali sesungguhnya amat bersyukur apabila menginap di Zara's Hotel ini.

Antara sudut di Zara's Hotel yang menarik ..ambil kenangan di
ruang tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tempat tinggal di Zara's Hotel Kota Kinabalu cubalah klik link SINI.Dan dapatkan perkhidmatan yang terbaik dari Zara's Hotel. 
Cantk sekali kan...datanglah ke Zara's Hotel Kota Kinabalu..
Menarik tempat berteduh untuk pelancong..

Kenangan di Zaea's Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Selain tempat yang menarik, Zara's Hotel juga menyediakan pakej sarapan pagi kepada kami bertiga. Menu atau juadah sarapan pagi, humm!! semuanya sedap sekali. Tengoklah makanan anak dan isteri Etuza. Minum susu panas, tea dan sebagainya ada di sediakan. Biasanya tiap hotel terkenal pasti sebegini untuk pelanggan yang datang ke hotel tersebut.


Suasana tempat makan yang unik di Zara's Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Tatacara makan di ruang makan hotel terkenal, semoga sedikit membantu  kepada yang belum ada pengalaman menjamu sarapan pagi atau makan makan di hotel terkenal.


1. Tiket percuma makan sarapan pagi jangan lupa bawa ke ruangan makan hotel tersebut.
2. Hargai pelayan dengan senyuman dan ucapan salam selamat pagi.
3. Datang ke arah menu-menu sajian atau juadah yang disediakan dengan hati-hati kerana pelanggan lain juga turut ada di ruangan tersebut.
4. Ambil minuman terlebih dahulu, baru makanan utama sarapan anda dan buah-buahan.
5. Duduk dengan tertib jangan tarik kerusi hingga berbunyi akan menganggu tetamu lain.
6. Mulakan dengan bacaan doa dan makanlah dengan penuh syukur dan gembira dengan rezeki dariNya.
7. Alhamdulilah dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pelayan di Hotel terkenal tersebut.

Sebelum makan sarapan pagi..kami bergambar dahulu.
Jom sarapan pagi...Terima mkasih Hotel Zara's

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Alhamdulillah bila layanan baik tetamu pun puas hatikan Cikgu Etuza..

    BalasPadam
  2. Best lah hotel.ni boleh consider ni

    BalasPadam
  3. PC dan Mamapp terima kasih hadir di laman ini. Betul layanan yg baik pasti ramai pelanggan datang . Datang lah nanti di Sabah

    BalasPadam
  4. Bila ke KK nanti bolehlah cari tempat ni.

    BalasPadam
  5. WAH HOTEL YG SELESA UTK DIINAP SEMALAMN ATAU LBH LAMA

    BalasPadam
  6. Baguskan jika disediakan kelengkapan..

    Pernah bermalam di hotel tapi tiada disediakan sejadah untuk solat.

    Kena faham mungkin ia milik non muslim..

    BalasPadam
  7. Kalau turun KK nk try stay sini lahh

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.