Majlis Hari Raya Di Teratak Ibunda

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua,ketika ini masih terasa bahang hari raya.Banyak blogger masih memperkatakan sambutan hari raya di tempat masing-masing. Memang seronok membaca perkongsian para sahabat blogger yang Etuza kenali mengenai hari raya mereka. 

Etuza juga kali ini hendak kongsikan memori indah di hari raya di teratak ibunda kami yang amat dicintai. Memang meriah dengan kehadiran kami adik beradik dan membawa bersama anak-anak masing-masing dan menyambut tetamu yang datang. Antaranya YB datuk Aliron Angin, pemimpin PBRS yang cukup dikenali dan dihormati di daerah Etuza. Terima kasih YB Datuk Aliron Angin dan rombongan. Ayah nampaknya kelihatan amat gembira dengan majlis hari raya ini.

Sempat juga seperti biasa Etuza merakam beberapa gambar tetamu yang datang selain abadikan gambar keluarga Etuza. Ya ramai yang datang berkunjung, tetapi para tetamu hanya mengambil juadah dalam sukatan atau kuantiti juadah  yang amat sedikit. Juadah banyak nampaknya ada yang telah dibazirkan kerana tidak habis dimakan seperti tahun lalu semua juadah habis licin dan tanpa kesan. Kali ini agak terlebih juadah. Hanya mampu bersabar dan memohon ampun pada yang esa kerana berlaku satu pembaziran di luar jangkaan. 

Baiklah mari tengok beberapa gambar kenangan Hari Raya Di Teratak Ibunda keluarga Etuza pada hari isnin bersamaan 09hb Julai 2016.