Asalamualaikum s teman mayaku.

Sabtu lalu, kami sempat ke Tamu Ground Keningau. Setelah diubah suai dari segi keselesaan penjual dan pelanggan yang datang melawat ke Tamu Ground tidak lagi merasa bimbang jika hujan di siang hari.

Banyak kemudahan awam yang ada di Tamu Ground Keningau. Dahulu pada tahun 2014, tapak jualan masih berlantaikan tanah. Tetapi kini semua tempat di letakkan tapak lantai dari bata dan sebagainya. Terdapat blok Pejabat Pentadbiran di Tamu Ground Keningau.Selain lantai tanah di simen, tandas awam, dan terdapat di kawasan tengah tapak jualan di letakkan atap atau bumbung agar penjual sayuran dapat duduk menjual dengan selesa. 

Kelihatan panorama Tamu Ground Keningau seawal tahun 2016 sangat sibuk dengan tetamu yang datang mencari bahan makanan seperti sayur kampung, beras kampung, ikan sungai dan kuih tradisional nampak  begitu selesa kala bersiaran mencari sayuran kegemaran dan bahan mentah yang lainnya. Inilah kemajuan sebenarnya, setiap tempat yang menjadi tumpuan umum di indahkan di cantikkan agar menjadi satu daya tarikan kepada pelancong datang ke Sabah atau ke Keningau.Syabas kepada penaraju majlis Daerah Keningau, atas usaha terbaik ini.

Baiklah mari lah tengok beberapa gambar yang Etuza sempat rakam kan semasa Etuza ke Tamu Ground Keningau sabtu lalu.