Keunikan Bunga Setawar Yang Hampir Dilupakan


Keunikan bunga setawar yang hampir dilupakan...

Asalamualaikum .

Bunga setawar ini selalu ada di laman Etuza. Tetapi jarang ada yang datang hampir untuk menyatakan keindahan bunga setawar.Maklumlah bunga ini tidak cantik kerana berdauh hijau. Tetapi pagi hari ini, ada insan lain, selain Etuza datang hampiri bunga setawar dan bertanyakan pada Etuza apakah ini bunga atau bukan. Katanya tidak pernah nampak bunga seperti ini. Seperti lampu - lampu katanya.

Etuza katakan inilah bunga setawar yang tumbuh membiak melalui daun bunga setawar.Bunga ini sebenarnya tidak ditanam oleh Etuza, tetapi dijaga dan di siram selalu kerana bunga setawar ini tumbuh di celahan bunga - bunga di laman. Mulanya  banyak tetapi Etuza tinggalkan hanya dua atau satu agar dapat membesar dengan cantik. Kasihan bunga setawar kerana bunga ini sebenarnya hampir dilupakan.