Surau Sekolah Semakin Siap ( Alhamdulillah )

Surau SK. Penagatan Keningau semakin siap..
Sumbangan sejadah untuk Surau Sekolah oleh Tuan Athur Jopseph Kurup 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semuanya.

Alhamdulillah pembinaan surau yang sedang dibina kini semakin siap. Dimulakan pembinaan oleh AJK PIBG sekolah pada Disember 2015, kini menampakkan hasil yang sangat baik apabila pembinaan surau ini semakin siap.

Usaha yang tidak pernah putus asa oleh warga sekolah khasnya Panitia Agama Islam, nampaknya membuahkan hasil yang baik. Guru-guru agama yang mengajar jQaf memulai usaha ini dengan memohon sumbangan kepada ramai individu. Etuza perhatikan pada masa bulan Ramadhan usaha mencari dana untuk pembinaan surau ini dilipat gandakan. Usaha murni ini termeteri ketika keberadaan seorang ustaza bernama ustaza Anis Syakila Ismail yang kini sudah berpindah di Selangor pada tahun 2014. Usaha beliau di sambung tanpa henti oleh Ustaza Nor Suhaidah Mat Isa, Ustaza Nurhasyimah Ibrahim, Ustaza Rupiyah Jusri ( Kini bersara ) Ustaza Sinar Suria serta semua guru-guru Islam lain terutama Cikgu Nasrul Hakim Tugino Karno.

Berasaskan jumlah sumbangan terkumpul sebanyak sepuluh ribu maka Saudara Fian Jakirin ( AJK PIBG ) berani untuk memulakan pembinaan. Sebaik didirikan surau ini ramai individu yang seolah berpusu-pusu untuk memberi sumbangan dari segi dana kewangan dan bahan binaan. Etuza ingat insan yang datang memberi sumbangan ialah Cikgu Noratiqa Abdullah, Cikgu Rosdi Rusiman serta pemilik Car Wash Kampung Penagatan dan Pengusaha Kolam Pibagu Sekolah. Terbaru datang pemimpin muda iaitu Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph Kurup. Tuan Athur menyumbang 50 karung simen, 4 bundle bata, tiang pagar dan pagar khas untuk bahan binaan Surau Sekolah. Inilah yang dikatakan rezeki mencurah di SK. Penagatan Keningau sebaik Surau sekolah mulai di bina.

Kepada semua individu yang tidak di sebut, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas semua sumbangan yang anda beri. Marilah kita berdoa semoga penyiapan Surau sekolah disiapkan segera dan boleh lah dirasmikan oleh pemimpin berkalibar di Daerah Keningau ini. Murid-murid dan semua yang beragama Islam dapat pula tunaikan solat berjemaah nanti. Solat pun teratur dan khyusuk. InshaAllah.